Sulit
3 tahun
Sakit urat di sebelah kiri lengan
saya wanita berusia 27 tahun, saya kerap mengalami pedih perut, dan sakit di sebelah lengan kiri terasa seperti urat menarit2… saya juga mempunyai benign cyst di payudara sebelah kiri, adaka ia berkaitan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit bahu dan leher pada sebelah bahagian sahaja boleh disebabkan:
- Masalah kekejangan otot - akibat postur tidur atau duduk tidak kondusif
- Masalah Polymyalgia Rheumatica - masalah sendi yang sering kena pada leher dan bahu
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang leher
- Masalah sakit jantung - seperti arteri koronari tersumbat juga boleh memberi sensasi sakit bahu dan leher
Berkaitan dengan benign cyst di payudara anda, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.