Tolong saya menghilangkan nafas berbau (Foul Breath) kerana saya sangat segan dan tidak tahu puncanya berlaku.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Soalan saya adalah tentang masalah nafas berbau busuk. Saya telah mengalami masalah ini sejak saya muda lagi seingat saya tetapi baru-baru ini ia menjadi lebih ketara. Saya sekarang berumur empat puluh lima tahun. Isteri saya tidak pernah mengadu sebelum ini dan kali ini menyuruh saya untuk mendapat nasihat doktor kerana risau ia disebabkan apa-apa penyakit yang serius. 
Selain masalah kesihatan, saya juga segan terutama sekali di tempat bekerja. Jika ia mengganggu isteri saya yang telah biasa dengan saya, saya bimbang ia lebih tidak selesa kepada orang lain terutama di pejabat. Saya takut ia akan memberi kesan kepada keyakinan saya. Terutama sekali saya bekerja dalam sektor pemasaran di mana saya banyak berinteraksi dengan pelanggan. Saya telah pun mengambil usaha tertentu. Saya perokok tegar sebelum ini dan telah pun berhenti merokok selama dua bulan. Saya tahu ini bagus untuk kesihatan juga. Tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan. Saya telah membaca petua yang dikongsi di laman laman internet tetapi ingin mendapat nasihat doktor dahulu sebelum mencubanya. 
Bolehkah doktor memberi cadangan bagi saya untuk mengatasi masalah bau busuk dari mulut saya? Dan perlukah saya risau jika ia tanda kepada penyakit lain. Masalah kesihatan yang saya hadapi setakat ini adalah tekanan darah tinggi dan ia terkawal dengan pil yang doktor bagi.
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Soalan saya adalah tentang masalah nafas berbau busuk. Saya telah mengalami masalah ini sejak... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Bagi menjawab soalan anda, selalunya nafas berbau busuk berkait dengan penjagaan kebersihan mulut dan gigi. Nafas berbau juga adalah perkara yang biasa dihidapi oleh kebanyakan orang.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah mengambil langkah untuk berhenti merokok. Bukan sahaja ia dapat menangani nafas berbau, ia juga bagus untuk kesihatan anda kerana merokok meningkatkan risiko penyakit jantung, kanser paru-paru dan lain-lain lagi. Namun begitu, nafas berbau juga boleh disebabkan oleh masalah seperti jangkitan dalam mulut, ulser dan juga tonsilitis.
Terima kasih atas soalan anda. Bagi menjawab soalan anda, selalunya nafas berbau busuk berkait dengan penjagaan keb... See More

Apakah punca nafas berbau

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyumbang kepada masalah nafas berbau. Di bawah adalah senarai penyebab utama nafas berbau.

  • Tidak menjaga kebersihan mulut: Ini adalah punca utama nafas berbau busuk. Di dalam mulut, terdapat bakteria yang hidup di permukaan gigi, gusi dan lidah yang menyebabkan bau busuk. Bakteria terutamanya yang hidup di celah gigi dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi dan gigi rosak. Bakteria ini lebih aktif dan membiak lebih banyak jika terdapat makanan yang tersekat di celah gigi atau di atas permukaan lidah.
  • Makanan dan minuman: Terdapat beberapa jenis makanan yang berbau kuat dan tidak menyenangkan. Antara makanan yang kuat baunya adalah bawang putih, petai dan rempah ratus. Minuman seperti alkohol dan kopi juga boleh menyebabkan mulut berbau. Kopi juga menyebabkan mulut kering dan menjadikan nafas berbau.
  • ‘Diet’ atau puasa: Apabila kita tidak makan dalam jangka masa panjang yang lama, badan kita akan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Antara produk yang terhasil adalah bahan kimia bernama ‘ketone’. Tahap ‘ketone’ yang tinggi akan membuat nafas berbau.
  • Mulut kering: Mulut kita sentiasa basah kerana terdapat kelenjar yang menghasilkan air liur untuk membasahi bahagian dalam mulut. Selain dari membantu dalam proses penghadaman, air liur juga berfungsi untuk membersihkan mulut dari bakteria. Punca utama mulut kering adalah tidak minum air dengan secukupnya. Antara penyakit yang menyebabkan mulut kering adalah masalah kelenjar air liur dan Sjogren’s syndrome. Mulut kering juga adalah mengapa di waktu pagi mulut akan berbau kerana penghasilan air liur berkurang pada waktu malam. Istilah bagi mulut kering adalah “xerostomia”.
  • Merokok: Merokok bukan sahaja menyebabkan nafas berbau tetapi juga menyebabkan gigi bertukar kepada warna kekuningan. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat jangkitan gusi yang menyumbang kepada bau busuk di mulut.
  • Jangkitan: Jangkitan kuman di dalam mulut boleh membawa kepada bau busuk akibat bakteria. Selain daripada jangkitan gusi, jika seseorang selsema atau batuk, cecair dari jangkitan tersebut akan turun ke tekak dan juga menyebabkan bau busuk.
  • Alahan: Seperti selsema, alahan akan mengakibatkan cecair turun dari bahagian belakang hidung ke belakang tekak. Ini dipanggil ‘post-nasal drip’. 
  • Gigi palsu/braces: Alat seperti giga palsu dan braces memberi peluang untuk bakteria membiak jika tidak dijaga dengan rapi. Makanan lebih mudah tersekat di celah alat-alat ini dan jika tidak dibersihkan akan menjadi masalah
  • Ubat: Beberapa jenis ubat menjadi punca kepada nafas berbau. Jika anda mengambil apa-apa ubatan, semak senarai kesan sampingan 
  • Zenker’s diverticulum: Ini adalah keadaan di mana terdapat kantung di bahagian tekak di mana makanan akan tersekat. Walaupun jarang berlaku, merala yang mengalami masalah ini mempunyai nafas berbau serta akan akan mengalami kesusahan untuk menelan makanan dan selalu batuk.
  • Tonsilitis: Jangkitan pada bahagian tonsil boleh menyebabkan nanah dan mulut berbau.

Apakah gejala mulut berbau

Selain dari mulut yang berbau, terdapat juga beberapa gejala lain yang selalu dikaitkan dengan mulut berbau iaitu:

  • Perubahan dalam deria rasa
  • Mulut kering
  • Selaput di atas lidah

Apakah petua untuk menghilangkan nafas berbau

Banyak langkah boleh diambil untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Kebanyakan langkah ini boleh diambil dengan mudah. Di bawah adalah senarai nasihat dan petua untuk menghilangkan bau busuk di mulut.

  • Gosok gigi setiap hari dan jika perlu lebih kerap dari dua kali sehari. Pastikan anda mengosok dengan berhati-hati tetapi meliputi seluruh bahagian mulut termasuk di celah gigi dan permukaan lidah dan gusi. 
  • Berus gigi elektronik mungkin lebih efektif dalam membersihkan permukaan yang susah dibersihkan
 
  • Ganti berus gigi setiap tiga empat bulan. Terdapat berus gigi mempunyai bahagian berwarna yang akan pudar sebagai peringatan untuk menukar berus gigi tersebut.
 
  • Berus gigi setiap kali selepas makan.
 
  • Menggunakan alat pembersih lidah. Ia akan mengesat permukaan lidah dan membuang kotoran di lidah. Gunakan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan lidah.
 
  • Berkumur dengan ‘mouthwash’. Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud anda tidak perlu menggosok gigi.
 
  • Bersihkan gigi palsu jika anda menggunakannya. Basuh dengan air suam dan guna berus gigi lain. Jangan guna ubat gigi kerana ia boleh merosakkan gigi palsu.
 
  • Berhenti merokok. Ini juga langkah yang sangat baik untuk kesihatan.
 
  • Kurangkan minum alkohol.
 
  • Kurangkan minum kopi.
 
  • Minum air putih secukupnya.
 
  • Kunyah ‘chewing gum’ yang tidak bergula selepas makan kerana ia akan menggalakkan penghasilan air liur.
 
  • Kurangkan makanan dan minuman manis. Gula adalah sumber makanan bakteria.
Jika langkah di atas tidak berkesan, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapat nasihat selanjutnya terutamanya jika terdapat simptom lain seperti gusi berdarah, gusi bengkak atau sakit gigi. Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami kesukaran untuk menelan makanan atau demam.

Kesimpulannya, kebanyakan kes nafas berbau adalah kerana masalah dengan penjagaan kebersihan mulut dan gigi. Ambil langkah yang sepatutnya untuk membasmi masalah nafas berbau.Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.

References