Berkesankah pil noriday sebagai pil perancang (Contraceptive Pill) dan apakah kegunaan lain?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berusia 33 tahun. Saya belum berkahwin oleh kerana masalah kesihatan saya. Saya sedang mengalami masalah dengan kitaran haid saya sejak umur 30 tahun. Kali pertama saya dapat haid saya adalah pada umur 11 tahun. Semenjak itu, kitaran haid saya teratur dan selalunya 7 hari.
Namun, sejak saya berusia 30 tahun, saya perasan kitaran haid menjadi 10 hari walaupun sama mendapat haid pada masa yang sama setiap bulan. Saya menggunakan kira-kira 5-6 pad setiap hari manakala sebelum ini saya hanya menggunakan 2-3 pad sahaja. Saya juga mengalami kekejangan perut yang sangat teruk pada setiap bulan. Saya cuba makan ubat tahan sakit apabila saya mengalami gejala ini dan ada kesannya. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, kekejangan perut menjadi semakin teruk dan ubat tahan sakit tidak berkesan lagi. Saya juga mengalami kemuntahan dan rasa terlalu letih. Hal ini menjejaskan pekerjaan saya dan terpaksa mengambil cuti panjang pada setiap bulan.
Saya telah pun merujuk kepada doktor pakar yang saya kenali. Beliau melakukan pemeriksaan ultrasound perut untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi. Beliau berkata saya sedang mengalami penyakit endometriosis yang menyebabkan gejala-gejala yang saya alami. Beliau telah memberikan sejenis ubat hormon, iaitu pil noriday untuk merawat masalah saya. Bolehkah doktor menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pil noriday ini?
Anonymous
<!--block-->Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berusia 33 tahun. Saya belum berkahwin oleh kerana masal... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Terima kasih atas soalan anda. Pil yang anda nyatakan adalah sejenis ubat kontraseptif hormon yang dikenali sebagai pil mini atau pil progestogen sahaja. Ubat jenis ini mengandungi bahan aktif norethisterone, yang merupakan progestogen sintetik, mirip kepada progestogen semula jadi yang dihasilkan oleh badan.
Terima kasih atas soalan anda. Pil yang anda nyatakan adalah sejenis ubat kontraseptif hormon yang dikenali sebagai pil ... See More
Apakah sebenarnya ubat tersebut?
Lebih dikenali sebagai Norethisterone, ia tergolong dalam sekumpulan ubat-ubatan yang dipanggil progestogen.
Iaitu sejenis ubat kontraseptif hormon atau pil perancangan keluarga yang sinonim dengan nama lain seperti pil mini atau pil progestin sahaja (Progestine Only Pill, POP).
Ubat ini mengandungi bahan aktif norethisterone, yang merupakan progestogen sintetik, sama dengan progestogen semula jadi yang dihasilkan oleh badan.
Pil perancang ini biasanya diberikan kepada wanita yang tidak sesuai mengambil pil kontraseptif jenis yang lain atau menggunakan alat intrauterin (IUD).
Pil perancang ini menyebabkan perubahan pada lendir dalam rahim dan lapisan rahim dan mempengaruhi sistem kawalan hormon tubuh. Semua ini menyumbang kepada pencegahan kehamilan (kontraseptif).
Keberkesanan pil "progestin sahaja" adalah lebih rendah berbanding pil pencegah kehamilan yang lain. Sekiranya diambil menurut arahan, 4 daripada 100 wanita akan hamil dalam tempoh satu tahun manakala hanya kurang dari 1 kehamilan bagi wanita menggunakan kontrasepsi oral yang mengandung estrogen dan progestogen.
Seperti kontraseptif jenis lain, pil perancang ini berfungsi untuk mencegah kehamilan. Ia tidak melindungi individu dari penyakit kelamin dan jangkitan seksual yang lain.
Apakah fungsi pil Norethisterone
Pil perancang jenis ini, bertindak pada reseptor dalam badan dan memberi kesan seperti hormon semulajadi. Justeru, ia boleh digunakan sebagai salah satu usaha kontrasepsi secara oral. Selain itu pil ini juga sering digunakan dalam masalah seperti:
mencegah pendarahan yang tidak normal atau tidak dijangka dari rahim
gejala sindrom pra-haid yang berlaku sebelum haid termasuk kesakitan payudara, sakit kepala, migrain, pengekalan air dan gangguan mood
haid yang menyakitkan atau pendarahan yang berlebihan
menjarakkan kitaran menstruasi
penyakit endometriosis
Apakah dos ubat Norethisterone
Rawatan yang menggunakan ubat Norethisterone pada hakikatnya memerlukan pemeriksaan yang komprehensif terlebih dahulu oleh doktor terhadap pesakit. Ia bagi menentukan kadar, dos, dan kaedah pengubatan yang sesuai berdasarkan individu yang berbeza. Ia juga penting bagi meningkatkan keberkesanan rawatan dan mengurangkan risiko kesan sampingan ubat. Namun secara umumnya berdasarkan cara ia diambil, kegunaannya adalah seperti berikut:
Melalui mulut (oral)
Kontraseptif
0.35mg setiap hari bermula pada hari pertama menstruasi sehingga perancangan keluarga ingin ditamatkan. Akan dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah. (Hari ke-1 menstruasi merupakan hari pertama darah haid keluar).
Sindrom pra-haid
5mg 2-3x sehari pada hari ke-19 hingga ke-26 kitaran haid. Boleh diteruskan selama beberapa kitaran menstruasi.
Menangguhkan haid
5mg 3x sehari bermula seawal 3 hari sebelum (diduga) datangnya haid. Pengubatan diberikan selama 14 hari.
Perdarahan rahim yang abnormal (Istihadhah)
5mg 3x sehari selama 10 hari. Bergantung pada kesesuain, kondisi dan keadaan tiap-tiap wanita.
Menorrhagia
5mg 2-3x sehari pada hari ke-19 hingga ke-26 kitaran haid.
Dysmenorrhoea
5mg 3x sehari bermula pada hari ke-5 kitaran haid. Pengubatan diteruskan selama 3-4 kitaran menstruasi.
Endometriosis
10-20mg sehari bermula di antara hari ke-1 hingga ke-5 kitaran haid. Pengubatan diteruskan selama sekurang-kurangnya 4-6 bulan.
Melalui intramuskular (suntikan)
Kontraseptif
200mg disuntik di antara hari ke-1 hingga ke-5 kitaran menstruasi. Atau sejurus selepas melahirkan bayi. Suntikan boleh diulangi setiap 8 minggu.
Bagaimana pil Norethisterone berfungsi
Norethisterone mencegah kehamilan melalui tiga cara.
Pertama, ia mengubah lendir semulajadi rahim (serviks). Norethisterone memekatkan lendir ini, membuat perjalanan sperma dari vagina ke rahim lebih sukar. Dengan mencegah sperma memasuki rahim, proses persenyawaan tidak akan terjadi.
Norethisterone juga mengubah kualiti lapisan rahim (endometrium). Perubahan-perubahan itu menghalang telur-telur yang telah disenyawakan dari melekat pada dinding rahim (implantasi).
Akhir sekali, norethisterone boleh mencegah pelepasan telur dari ovari (ovulasi).
Apakah kesan sampingan Norethisterone
Kesan sampingan yang sering berlaku:
Sakit kepala
Pening kepala
Mual & muntah
Perubahan pendarahan haid,
pendarahan tidak teratur
atau berhenti pendarahan
Sakit payudara
Keletihan
Kenaikan berat badan
Kesan sampingan yang jarang berlaku:
Perubahan mood, termasuk kemurungan.
Ruam
Jerawat
Kehilangan rambut atau pertumbuhan rambut meningkat
Kista pada ovari
Lendir dari faraj
Haid yang menyakitkan
Edema
Mengurangkan kepuasan seksual
Jaundis
Kehamilan ektopik
Apakah cara pengambilan pil Norethisterone untuk tujuan kontrasepsi
1 biji pil (0.35mg) Norethisterone perlu diambil setiap hari secara berterusan, termasuk semasa anda datangi haid. (Berbeza dengan pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil).
Pil perlu ditelan dengan minuman. Mereka boleh diambil sama ada dengan atau tanpa makanan.
Pil Norethisterone mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari, bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan.
Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan, misalnya kondom, untuk tujuh hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Bilakah kita mula mengambilnya untuk tujuan kontrasepsi
Bagi wanita yang sihat:
Anda perlu mengambil pil ini bermula hari pertama kitaran haid anda. Iaitu hari pertama darah keluar dari rahim. Ini akan melindungi anda dari kehamilan.
Namun untuk penggunaan pada bulan pertama, ia perlu diiringi dengan kontrasepsi tambahan selama tujuh hari pertama.
Bagi wanita selepas kelahiran bayi:
Sekiranya anda memulakan pil ini pada hari yang ke-21 selepas melahirkan anak, anda akan dilindungi dari kehamilan selanjutnya dengan serta-merta dan tidak perlu menggunakan kontraseptif tambahan.
Anda boleh memulakannya sebelum hari ke-21, tetapi ini dapat meningkatkan risiko pendarahan.
Jika anda mula mengambilnya pada hari yang ke-22 (dan ke atas) selepas hari melahirkan anak, anda harus menggunakan kontrasepsi tambahan selama tujuh hari, bermula dari hari pengunaan pil yang pertama.
Bagi wanita selepas keguguran:
Sekiranya anda memulakan pil ini pada keesokan hari (selepas keguguran), anda akan dilindungi dari kehamilan selanjutnya dengan serta merta.
Jika anda mula mengambil lebih dari lima hari selepas keguguran, anda harus menggunakan kontrasepsi tambahan untuk tujuh hari pertama pengambilan pil.
Bagi wanita dengan gangguan pencernaan:
Gejala mual dan muntah dapat mengurangkan keberkesanan ubat kontrasepstif oral
Maka disarankan untuk tetap meneruskan pengubatan seperti biasa dan diiringi kontrasepsi tambahan seperti kondom sekurang-kurangnya tujuh hari dari onset gejala.
Apa yang perlu dilakukan jika anda lupa mengambil pil
Pil anda perlu diambil pada masa yang sama setiap hari. Jika anda terlupa mengambil pil, anda perlu mengambilnya secepat mungkin. (Jika anda terlepas lebih dari satu pil, hanya ambil pil terakhir yang anda terlepas). Ambil pil seterusnya seperti biasa. Ini bermakna anda mungkin akan terpaksa mengambil dua pil serentak. Ini adalah selamat.
Jika anda lewat kurang 3 jam dari mengambil pil, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
Sekiranya anda lewat lebih dari 3 jam, anda tidak akan dilindungi dari kehamilan dan anda sepatutnya tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (misalnya kondom) untuk dua hari akan datang, sementara anda terus mengambil pil seperti biasa.
Sekiranya anda melakukan seks tanpa perlindungan dalam tempoh dua hari selepas terlepas pil, anda disyorkan mengambil kontraseptif kecemasan(morning after pil).
Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor kami mengenai pil Noriday di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References
1. Noriday 350 microgram Tablets, EMC
2. Noriday (norethisterone): a contraceptive mini pill, Netdoctor