Tolong, kenapa air mani bercampur darah (Blood In Semen) selepas menjalankan hubungan seks.
Anonymous
Hai doktor. Saya seorang lelaki berumur 40 tahun. Saya dah berkahwin dan masih bekerja. Dua minggu lepas saya ada perasaan selepas bersetubuh dengan isteri, air mani saya ada bercampur darah. Ketika itu saya sudah panik. Saya agak malu juga nak pergi ke klinik. Jadi saya tunggu beberapa nak tengok jikalau masih ada lagi air mani bercampur darah.
Setakat ini saya tidak ada masalah kemandulan atau membuat hubungan seksual dengan orang selain isteri saya. Tetapi sejak kebelakangan saya ada rasa sakit di bahagian belakang dan kalau saya kencing ada juga rasa sakit-sakit sikit. Selepas beberapa hari sakit itu akan hilang. Kadang-kadang saya terfikir ia mungkin kanser? Sebab pak cik belah bapa saya ada masalah kanser prostate dan meninggal dunia sebab itu. Mungkinkah ia berkaitan?
Ada kena mengena ke sakit ketika kencing dengan air mani berdarah? Apakah penyebab bagi air mani bercampur darah? Adakah ia akan mempengaruhi kesihatan sperma saya? Apakah gejala-gejala yang perlu saya perhatikan serta rawatan jikalau masalah ini menjadi serius?
Anonymous
Hai doktor. Saya seorang lelaki berumur 40 tahun. Saya dah berkahwin dan masih bekerja. Dua minggu lepas saya ada p... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini. Terdapat banyak sebab yang mengakibatkan air mani bercampur darah (haemotospermia) termasuk jangkitan kuman. Ingin saya jelaskan dengan lebih lanjut seperti di bawah.
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini. Terdapat banyak sebab yang mengakibatkan <strong>air mani ... See More
Apakah penyebab air mani bercampur darah?
Darah dalam air mani boleh boleh disebabkan oleh:
Jangkitan dan keradangan
Trauma dan prosedur perubatan
Sekatan pada saluran atau organ
Tumor dan polyp
Masalah salur darah
Masalah perubatan lain yang dikaitkan dengan darah dalam air mani
A) Jangkitan dan keradangan
Ini adalah penyebab utama darah dalam air mani. Darah boleh disebabkan oleh jangkitan atau keradangan pada mana-mana kelenjar, tiub, atau saluran yang menghasilkan dan mengalirkan air mani. Ini termasuk:
Urethra (tiub yang menyalurkan air kencing dan air mani dari zakar)
Epididymis dan vas deferens
Seminal vesikel (struktur yang menambah lebih banyak cecair dalam air mani)
Masalah ini juga boleh disebabkan oleh STI (jangkitan seksual) seperti gonore(gonorrhea) atau klamidia(chlamydia), jangkitan virus atau bakteria lain.
B) Trauma atau prosedur perubatan
Darah dalam air mani adalah perkara biasa selepas prosedur perubatan. Empat daripada lima orang mungkin mengalami masalah darah dalam air mani setelah menjalani biopsi prostat.
Prosedur yang dilakukan bagi merawat masalah kencing juga boleh menyebabkan trauma ringan yang menyebabkan pendarahan sementara. Masalah ini biasanya hilang dalam tempoh beberapa minggu selepas prosedur.
Terapi radiasi, vasektomi, dan suntikan untuk buasir juga boleh menyebabkan masalah darah dalah air mani. Kecederaan pada organ seks akibat patah tulang belakang, kecederaan pada buah zakar, aktiviti seksual yang melampau atau onani, atau kecederaan lain yang boleh menyebabkan darah dalam air mani.
C) Sekatan pada saluran atau organ
Mana-mana tiub kecil atau salur dalam saluran pembiakan boleh tersekat. Ini boleh menyebabkan pembuluh darah pecah dan mengeluarkan darah.
Masalah BPH iaitu masalah pembesaran prostat juga dikaitkan dengan darah dalam air mani.
D) Tumor dan Polyp
Satu kajian terhadap lebih daripada 900 pesakit dengan masalah darah dalam air mani mendapati hanya 3.5% daripada mereka yang sebenarnya mempunyai tumor.
Kebanyakan tumor ini terletak di dalam prostat.
Darah dalam air mani juga boleh disebabkan oleh kanser buah zakar, kanser pundi kencing, dan kanser salur pembiakan dan kencing.
Lelaki - terutamanya lelaki yang berusia serta mempunyai faktor risiko kanser perlu dinilai jika mereka mengalami simptom darah dalam air mani. Kanser yang tidak dirawat mampu mengancam nyawa.
Polyp dalam salur pembiakan juga boleh menyebabkan masalah darah dalam air mani.
E) Masalah salur darah
Semua struktur kecil yang terlibat dalam proses ejakulasi, dari prostat sehinggalah ke tiub kecil yang menyalurkan sperma, mempunyai salur darah. Jikalau terdapat kecederaan pada struktur-struktur tersebut, maka akan terdapatnya darah dalam air mani.
F) Masalah perubatan lain yang dikaitkan dengan darah dalam air mani
Sebanyak 15% kes darah dalam air mani tidak diketahui penyebabnya. Kebanyakan kes darah dalam air mani akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.
Apakah gejala air mani bercampur darah?
Darah dalam air kencing (hematuria)
Rasa pedih atau sakit ketika membuang air kecil
Kesukaran mengosongkan pundi kencing sepenuhnya
Pundi kencing yang bengkak
Ejakulasi yang menyakitkan
Bengkak atau kesakitan pada organ seks
Tanda-tanda penyakit kelamin
Demam, denyut nadi dan tekanan darah yang lebih tinggi dari biasa
Apakah ujian untuk masalah air mani bercampur darah?
Apabila anda berjumpa doktor, mereka mereka akan menentukan penyebab darah dalam air mani. Perkara yang boleh mereka lakukan termasuk:
Pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa anda untuk gejala lain, termasuk testis bengkak, kemerahan, atau tanda jangkitan.
Ujian STI.
Analisis urin. Ini boleh membantu mengesan jangkitan bakteria dalam air kencing anda.
Ujian PSA, mengukur paras antigen buatan prostat dan menilai kesihatan prostat.
Ujian imbasan seperti ultrasound, CT, dan MRIboleh membantu mengesan sebarang bentuk halangan.
Sekiranya hematospermia terjadi lebih dari 1 bulan, ultrasound transrectal boleh dijalani.
Lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun boleh dirujuk kepada pakar urologi untuk penilaian selanjutnya
Apakah rawatan air mani bercampur darah?
Bergantung kepada puncanya, anda mungkin boleh dirawat dirumah. Doktor akan menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.
A)Rawatan di rumah
Sekiranya anda mengalami masalah darah dalam air mani yang disebabkan oleh trauma, anda hanya perlu berehat dan membiarkan tubuh anda sembuh dengan sendirinya.
Jika anda mengalami bengkak pada pangkal paha, anda boleh tuam dengan menggunakan ais selama 10 hingga 20 minit, tetapi tidak lebih lama dari itu. Kebanyakan kes hematospermia sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.
Perhatikan gejala anda dan beritahu doktor jika simptom menjadi lebih teruk atau masih tidak sembuh lebih dari sebulan.
B) Rawatan perubatan
Sekiranya darah dalam air mani anda disebabkan oleh jangkitan, doktor mungkin akan memberikan antibiotik.
Ubat anti-radang boleh diberi hanya jika radang adalah puncanya.
Sekiranya darah dalam air mani anda disebabkan oleh salur kencing dan pembiakan yang tersumbat, pembedahan mungkin akan dilakukan.
Pembedahan ini termasuk prosedur membuang batu pundi kencing yang menghalang salur kencing dan pembedahan untuk membuang tumor.
Sekiranya kanser yang menyebabkan darah dalam air mani, doktor akan merujuk anda kepada pakar (onkologi) yang akan menentukan rawatan yang terbaik.
Adalah penting untuk diingat bahawa darah di dalam air mani selalunya bukan disebabkan oleh masalah yang serius.
Bilakah anda harus berjumpa doktor?
Sekiranya anda berumur atas 40 tahun
Lelaki berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit seperti kanser prostat (prostate cancer).
Oleh sebab itu, anda harus memberitahu doktor dengan segera jika terdapat darah dalam air mani.
Doktor anda akan memeriksa dan mengesan puncanya secepat mungkin.
Jika anda berumur bawah 40 tahun
Sekiranya anda berumur bawah 40 tahun dan tidak mempunyai sebarang gejala lain, tunggu dan lihat jika darah itu hilang dengan sendirinya.
Sekiranya air mani anda terus berdarah atau jika anda mula mengalami gejala tambahan seperti sakit atau demam, segera buat temujanji dengan doktor anda.
Doktor anda mungkin akan melakukan ujian prostat atau analisis air mani dan air kencing untuk mengesan puncanya.
Kesakitan buah zakar secara mengejut dan amat menyakitkan mungkin disebabkan oleh ‘testicular torsion’ terutama sekali bagi lelaki muda dan ini adalah kes kecemasan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my untuk menjawab kemusykilan anda.