- Kencing pedih (dysuria) dalah istilah yang bermaksud kesakitan dan ketidakselesaan semasa kencing. Kesakitan ini mungkin berasal dari pundi kencing, uretra atau perineum. Uretra adalah saluran yang berfungsi mengalirkan air kencing ke luar badan anda. Untuk golongan lelaki, kawasan antara zakar dan dubur dikenali sebagai perineum.
- Kencing pedih boleh berpunca daripada penyakit berjangkit (termasuk jangkitan seksual, atau STD seperti klamidia dan gonorea) dan keadaan yang tidak berjangkit. Namun begitu, kencing pedih biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria saluran kencing terutamanya pundi kencing.
- Kencing pedih berlaku semasa membuang air kencing dan hilang setelah selesai membuang air kencing. Pesakit perlu mengetahui waktu khusus kepedihan yang dirasai semasa proses pembuangan air kencing, misalnya sakit pada permulaan kencing sahaja biasanya disebabkan oleh keradangan uretra manakala sakit pada hujung proses kencing mungkin terdapat keradangan pundi kencing.
Mengapakah saya mengalami Kencing pedih (Dysuria) ,minta penjelasan mengenai rawatan dan penyebabnya doktor?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja lelaki yang berumur 22 tahun. Saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi yang jauh dari rumah saya. Sejak belakangan ini, saya mengalami masalah kencing pedih. Bersama gejala ini, saya juga mendapati bahawa saya mengalami kesukaran untuk membuang air kencing dengan lancar. Ada kalanya saya perasan darah dalam air kencing saya. Bahagian bawah perut saya juga sakit dan rasa tidak selesa. Saya selalunya tidak minum air dengan secukupnya. Oleh kerana gejala-gejala ini, saya tidak dapat menghadiri kelas saya kerana keadaan yang tidak selesa. Apakah sebab kencing pedih lelaki, doktor? Apakah harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Terima kasih atas soalan anda. Sebab kencing pedih (Dysuria) yang anda alami adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing atau masalah batu karang dalam pundi kencing. Untuk menentukan masalah anda dengan tepat, anda harus merujuk kepada doktor untuk menjalani beberapa ujian dan penilaian lanjut bagi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk keadaan anda.
Apakah itu kencing pedih?
Apakah penyebab kencing pedih?
Berikut adalah antara penyebab kencing pedih yang utama:
Jangkitan
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang) adalah penyebab paling biasa kencing pedih. Jenis jangkitan yang paling biasa ialah jangkitan pundi kencing, jangkitan buah pinggang, jangkitan prostat, dan keradangan uretra. Penyakit kelamin juga merupakan antara punca utama kencing pedih.
- Semua bahagian saluran kencing mudah terdedah kepada jangkitan yang disebabkan oleh organisma berbeza seperti buah pinggang, “renal pelvis”, pundi kencing, prostat dan epididimis, adalah bahagian yang terdedah kepada jangkitan bakteria koliform.
- Bakteria ini kemudian mendapat akses ke “urethral meatus” melalui hubungan seksual atau jangkitan tempatan dan kemudian menuju ke organ yang berdekatan.
- Lelaki yang mengalami anatomi atau fungsi sistem kencing yang tidak normal mungkin terdedah kepada jangkitan yang lebih luar biasa, berulang atau berterusan dengan organisma seperti Proteus, Klebsiella atau spesies Enterobacter.
- Jangkitan virus seperti adenovirus dan herpesvirus juga boleh menyebabkan kencing pedih. Contohnya, “Haemorrhagic cystitis” mungkin disebabkan oleh jangkitan adenovirus pada pundi kencing.
Halangan pada sistem kencing
- Bagi mereka yang berusia, “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih. Lebih daripada 50 peratus lelaki berusia lebih 70 tahun mempunyai simptom BPH.
- Disebabkan prostat yang terlebih besar berada antara pundi kencing dan saluran keluar air kencing, ia menjadi halangan saluran kencing hingga menyebabkan takungan dalam pundi kencing. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan mukosa uretra yang terdedah.
- Dari masa ke masa, halangan kronik aliran keluar air kencing akibat BPH mendatangkan komplikasi hiperplasia pundi kencing dan lain-lain.
- Halangan uretra mungkin disebabkan oleh parut. Ini biasanya berlaku kerana kecederaan semasa penggunaan peralatan atau pembedahan urethra yang terdahulu.
Kanser
Kencing pedih mungkin merupakan gejala terawal yang disebabkan oleh barah di pundi kencing. Khususnya, kanser pundi kencing perlu dipertimbangkan dalam kalangan perokok lelaki. Karsinoma uretra jarang berlaku dan tidak biasanya menyebabkan kencing pedih. Kanser-kanser lain seperti kanser sel buah pinggang boleh mencetuskan keradangan sel saluran kencing sekali gus menyebabkan kencing pedih.
Batu karang
Apabila batu karang disingkirkan dari buah pinggang atau menjadi besar di pundi kencing, mereka boleh mencederakan permukaan organ tersebut, mengakibatkan keradangan dan kencing pedih. Tabiat kurang minum air adalah penyebab paling biasa untuk serangan batu karang.
“Spondyloarthropaties”
Kombinasi gejala seperti kencing pedih, sakit sendi, sakit belakang atau sakit tumit dan gejala okular adalah biasa dalam keadaan “spondyloarthropathies” seperti sindrom Reiter.
Penyebab kencing pedih yang lain adalah termasuk:
- Trauma: kecederaan atau kerengsaan tempatan disebabkan oleh penempatan tiub kencing atau hubungan seksual.
- Luka pada bahagian luar kemaluan air kencing yang terkena luka pada bahagian luar kemaluan boleh menyebabkan kencing pedih.
- Kerengsaan atau tindak balas kepada produk kebersihan alat sulit: Penggunaan produk kebersihan alat sulit yang kerap boleh mengakibatkan kerengsaan pada bahagian saluran kencing lalu menyumbang kepada simptom kencing pedih.
- Masalah perubatan: penyakit kencing manis dan keadaan kronik lain yang melemahkan sistem imun boleh membawa kepada gejala kencing pedih akibat jangkitan.
Apakah tanda kencing pedih?
Simptom kencing pedih boleh juga diiringi oleh gejala-gejala yang lain berdasarkan penyakit atau keadaan yang dihadapi.
- Jangkitan saluran air kencing :Demam, aliran air kencing yang tidak lancar, tidak boleh atau kurang keupayaan untuk menahan air kencing, kerap kencing.
- Halangan pada sistem kencing: sakit bahagian bawah abdomen, perasaan pundi kencing penuh, kerap kencing, aliran air kencing yang tidak lancar, tidak dapat membuang air kencing, jangkitan saluran kencing, kerap bangun lewat malam untuk membuang air kecil.
- Kanser: gumpalan darah atau darah dalam air kencing, kerap kencing, kerap bangun lewat malam untuk membuang air kecil, sentiasa merasakan keperluan membuang air kencing tetapi air kencing tak lawas, sakit bahagian belakang.
- Batu karang: sakit pada bahagian bawah perut, kesakitan atau ketidakselesaan di zakar atau buah zakar, kerap kencing, aliran air kencing terganggu, darah dalam air kencing, air kencing berwarna gelap atau tidak jernih.
Apakah siasatan untuk kencing pedih?
Para doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal pada bahagian abdomen dan bahagian sulit. Selain itu, beberapa jenis ujian akan dilakukan untuk mencari punca kencing pedih. Antara ujian tersebut ialah:
Apakah rawatan kencing pedih?
Rawatan kencing pedih adalah bergantung kepada penyakit yang sedang dihadapi.
- Jangkitan: Secara umumnya, ubat antibiotik boleh merawat jangkitan saluran air kencing. Doktor anda juga boleh memberi ubat untuk menenangkan pundi kencing anda. Ubat tahan sakit juga boleh diberikan untuk tahan kesakitan perut yang dialami.
- Halangan pada sistem kencing: BPH selalunya dirawat dengan beberapa jenis ubat termasuk antibiotik dan “alpha-1 blockers”. Selain itu, pembedahan mungkin dilakukan apabila ubat yang diberi tidak berkesan untuk mengurangkan gejala BPH.
- Kanser: penyakit ini dirawat dengan rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ada sesetengah kes di mana pundi kencing perlu dikeluarkan melalui pembedahan. Rawatan kemoterapi dan radioterapi mempunyai kesan sampingan yang harus dipertimbangkan sebelum seseorang individu menjalaninya.
- Batu karang: keadaan ini dirawat dengan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Pesakit itu akan mengeluarkan serpihan batu ini apabila kencing. Selain itu, “stent” di bahagian uretra juga antara rawatan yang boleh dipertimbangkan. Untuk batu karang yang bersaiz kecil, pesakit disarankan minum banyak air atau pengambilan makanan bersup untuk menyingkirkannya melalui air kencing.
Sekiranya gejala anda tidak bertambah baik, anda haruslah berjumpa dengan doktor dengan segera untuk penilaian rawatan yang lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References