Boleh doktor terangkan bagaimana terjadinya dan ubat batu karang (Renal Stones Medication)?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 53 tahun dan saya ingin bertanya mengenai gejala yang saya alami. Dalam 2 minggu yang lepas, saya mula mengalami kencing berdarah yang diikuti dengan sakit di bahagian pinggang sebelah kanan dan merebak ke bahagian bawah belakang badan . Air kencing saya berwarna coklat kemerahan dan kadang-kadang berwarna merah terang. Saya juga mengalami kesukaran ketika membuang air kecil dan terasa sangat sakit dan pedih di bahagian kemaluan dan bawah abdomen ketika air kencing keluar. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, adakah batu karang punca simptom saya dan apakah rawatan yang boleh diambil?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 53 tahun dan saya ingin bertanya mengenai gejala yang saya alami. Dalam 2 minggu yang lep... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, kemungkinan besar gejala-gejala ini berkaitan dengan masalah buah pinggang iaitu batu karang. Batu karang merupakan bahan mineral keras dan berkristal yang terbentuk di dalam buah pinggang atau saluran kencing. Batu karang adalah penyebab utama bagi darah dalam air kencing (hematuria) dan akan mengalami sakit yang teruk di bahagian abdomen, pinggang, atau pangkal paha. Batu karang juga dikenali sebagai “Renal Calculi” atau nephrolithiasis dalam istilah perubatan.

Penyakit batu karang didefinisikan sebagai mempunyai batu di mana-mana lokasi dalam saluran kencing yang dikenali sebagai “urolithiasis” manakala istilah “ureterolithiasis” digunakan untuk merujuk kepada batu karang yang terletak di ureter.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, kemungkinan besar gejala-gejala ini berkaitan d... See More

Apakah itu batu karang

Batu karang adalah hasil daripada pengumpulan mineral terlarut pada lapisan dalaman buah pinggang. Ia biasanya dihasilkan daripada “calcium oxalate” tetapi mungkin boleh berpunca daripada bahan sebatian lain.

Batu karang boleh berkembang sebesar saiz bola golf dan mengekalkan struktur berkristal yang tajam.

Batu karang bersaiz kecil dapat melepasi saluran kencing tanpa disedari tetapi ia juga boleh menyebabkan kesakitan yang melampau apabila batu karang tersebut keluar melalui air kencing.

Apakah penyebab batu karang

Punca utama bagi batu karang adalah kekurangan air ataupun dihidrasi di dalam badan.

Individu yang minum kurang daripada yang disyorkan lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari berisiko tinggi mengalami penyakit batu karang. Apabila tubuh badan tidak mencukupi air untuk melarutkan asid urik, iaitu salah satu komponen air kencing, air kencing bertukar menjadi lebih berasid. Asid yang berlebihan dalam air kencing boleh membawa kepada pembentukan batu karang.

Penyakit lain yang boleh menyumbang kepada batu karang termasuklah:

  • “Crohn’s disease” / penyakit Crohn
  • Jangkitan saluran kencing
  • “Renal tubular acidosis”
  • “Hyperparathyroidism”
  • “Medullary sponge kidney”

Apakah gejala batu karang

Batu karang diketahui umum boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Gejala batu karang mungkin tidak berlaku sehinggalah batu itu mula bergerak ke bahagian ureter. Kesakitan yang teruk ini dipanggil sebagai kolik buah pinggang atau “renal colic”.Anda mungkin mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen anda.

Kesakitan ini boleh merebak ke kawasan pangkal paha atau bahagian kemaluan. Kesakitan tersebut boleh berlaku secara sementara ataupun berterusan. Gejala lain bagi batu karang termasuklah:

  • Darah dalam air kencing (air kencing berwarna merah, merah jambu, atau coklat)
  • Muntah
  • Loya
  • Air kencing yang berbau busuk
  • Demam sehingga menggigil
  • Kerap buang air kecil
  • Jumlah air kencing yang sedikit
  • Sensasi ingin buang air kecil namun tiada air kencing.

Dalam segelintir kes batu karang yang kecil, anda mungkin tidak mengalami sebarang kesakitan atau gejala.

Apakah rawatan batu karang

Rawatan diberi berdasarkan jenis batu karang. Air kencing dijadikan sampel untuk membuat ujian makmal untuk penilaian diagnosis.

Nasihat pertama yang diberikan oleh pakar perubatan adalah untuk minum enam hingga lapan gelas air setiap hari untuk meningkatkan aliran air kencing. Orang yang mengalami dehidrasi atau mengalami loya dan muntah yang teruk mungkin memerlukan cecair intravena (intravenous fluids).

Pilihan rawatan lain termasuklah:

  1. Ubat - ubatan

  2. Ubat tahan sakit seperti Ibuprofen (Advil), Acetaminophen (Tylenol). Jika pesakit batu karang mendapat jangkitan, rawatan tambahan dengan antibiotik diperlukan. Ubat lain termasuklah:

    • Allopurinol (Zyloprim) untuk batu asid urik
    • Diuretik
    • Natrium bikarbonat atau natrium sitrat
    • Cecair fosforus
    • Naproxen sodium (Aleve)
  3. “Lithotripsy”

  4. Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi untuk memecahkan batu-batu besar supaya ia dapat disingkirkan dari tubuh badan.. Prosedur ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan mungkin memerlukan anesthesia ringan. Kesan-kesan sampingan sementara adalah lebam pada bahagian abdomen atau belakang badan, pendarahan di sekitar buah pinggang dan organ-organ berhampiran.

  5. “Percutaneous nephrolithotomy”

  6. Batu-batu dikeluarkan melalui potongan surgikal kecil di bahagian belakang badan anda. Prosedur ini diberi pertimbangan apabila:

    • Saiz batu yang besar menyebabkan halangan saluran air kencing sehingga komplikasi jangkitan atau kerosakan buah pinggang.
    • Saiz batu terlalu besar untuk melepasi saluran kencing.
    • Kesakitan tidak boleh dikawal.
  7. Ureteroskopi

  8. Apabila batu tersekat di bahagian ureter atau pundi kencing, pakar perubatan akan menggunakan instrumen surgikal yang dipanggil ureteroskop untuk mengeluarkan batu tersebut.Prosedur tersebut melibatkan alat wayar kecil dengan kamera yang dimasukkan melalui bahagian uretra hingga ke pundi kencing. Kemudian sangkar kecil pada alat tersebut akan memecahkan batu karang, mengumpul dan mengeluarkannya. Batu tersebut akan dihantar ke makmal untuk analisis.

Untuk sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.

References