nurulyuyui89
2 tahun
Anemia & Thalassemia
Saya didiagnosis menghidap anemia dan seorang pembawa gen talasemia. Saya bercadang untuk bernikah dan mempunyai anak dalam waktu terdekat. Apakah supplement yang terbaik untuk saya amalkan selain daripada Sangobion? Saya bercadang untuk mengamalkan asid folik, jenama asid folik apakah yang terbaik dan bersesuaian untuk saya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda merupakan seorang pembawa gen talasemia dan mempunyai persoalan tentang suplemen yang sesuai. Untuk pengetahuan anda, pengambilan suplemen berkenaan patut dibincangkan dengan doktor terlebih dahulu dan pemantauan bacaan profil darah lengkap dan zat besi dari masa ke masa.
Sangobion mengandungi zat besi dalam bentuk Ferrous gluconate, pengambilan secara tidak terkawal tanpa pemantuan bacaan darah mungkin membawa kesan sampingan zat besi berlebihan seperti gejala pencernaan(sembelit dan sakit perut) dalam jangka masa yang panjang.
Vitamin asid folik dan zat besi akan dipreskripsi oleh doktor kepada anda sekiranya anda disahkan hamil untuk memastikan kesihatan janin pada awal kehamilan. Anda boleh rujuk pautan ini sekiranya anda berminat tentang Pemakanan yang disyorkan kepada wanita hamil. Orang dewasa biasanya tidak memerlukan suplemen tertentu untuk zat besi dan asid folik kerana kedua-dua nutrien ini boleh didapati dalam pemakanan seperti sayur-sayuran berdaun dan kekacang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.