Sulit
6 bulan
Adakah saya perlu menerima vaksin demam denggi sebelum ke Bali?
Hai doktor, saya ingin bercuti ke bali pada hujung bulan ini dan saya ada terlihat artikel berkaitan kerajaan Indonesia menggalakkan pelancomg untuk mengambil vaksin demam denggi sebelum ke negara mereka berikutan penularan kes denggi di sana. Jadi wajib ke pengambilan vaksin ini sebelum ke bali?
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Tiada akta khusus yang dikeluarkan oleh Malaysia menyatakan kewajiban untuk mengambil vaksin demam denggi apabila ingin ke bali. Namun, wilayah di Bali menggalakkan pelancong asing yang ingin ke tempat peranginan itu untuk mendapatkan suntikan denggi memandangkan peningkatan kes demam denggi di kawasan itu semakin tinggi.
Vaksin demam denggi amat disyorkan, bukan sahaja untuk pelancong, tetapi juga semua rakyat di Bali, ini supaya mereka dapat melindungi diri daripada jangkitan denggi yang lebih serius.
Kebimbangan terhadap demam denggi di Bali muncul kerana kadar kes di sana semakin tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.