Sulit
6 bulan
Bagaimanakah cara mencegah demam denggi?
Hi dr nak tanya bagaimana nak cegah denggi? Vaksin ini membantu ke?
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Cara terbaik adalah melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk dan mengurangkan populasi nyamuk itu sendiri.
Sentiasa memakai baju bertutup apabila anda berada di luar rumah seperti memakai baju lengan panjang, seluar panjang, kasut, stoking jika boleh.
Elakkan keluar rumah pada waktu nyamuk sedang aktif seperti pada waktu senja. Nyamuk biasanya aktif pada subuh hingga senja, atau pada waktu malam.
Untuk mengurangkan populasi nyamuk, hapuskan tayar lama, tin, botol atau bekas bunga yang mengumpulkan air hujan. Ini boleh mencegah nyamuk daripada membiak aktif.
Lindungi diri dan keluarga anda jika anda tahu seseorang yang berdekatan dengan anda mempunyai denggi. Virus ini boleh melepasi dari seseorang kepada seseorang melalui gigitan nyamuk.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksin Qdenga di Malaysia, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.