Sulit
2 tahun
Haid tidak teratur untuk mengetahui waktu subur
assalam, hi doctor
Macamne nak tahu waktu subur?..Period tidak teratur… kitaran haid kadang2 45-55 hari…
Blh bg tips tak nak hamil dlm bulan ini?.. saya baru habis period hari ini.
Harap sudi menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang pengiraan waktu subur bagi haid tidak teratur dan tips untuk hamil. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, adalah sukar untuk mengira waktu kesuburan atau ovulasi bagi wanita yang mempunyai haid tidak teratur. Ovulasi biasanya berlaku di tengah kitaran haid dan adalah sukar untuk menjangka tarikh ini jika anda mempunyai kitaran yang tidak tetap.
Namun begitu, kehamilan masih boleh berlaku sekiranya anda melakukan hubungan seksual yang kerap dengan pasangan. Anda juga disarankan untuk merujuk punca haid tidak teratur anda kepada doktor. Sesetengah punca haid tidak teratur boleh mempengaruhi kehamilan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk bercakap dengan doktor atau membuat janji temu dengan pakar sakit puan. Terima kasih.