najmimuzakkir16
2 tahun
Saya bimbang,akan potensi mengandung,seberapa berkesan postinor dan kenapa haid saya bulan ini dlm kuantiti sikit dan berwarna seakan hitam,saya harap doc dapat bagi penerangan yang jelas
Doc,saya period pada bulan lepas pada 22hb,namun darah berhenti keluar pada 26hb,pada 27hb kami seks ringan dan tunang saya pancut di atas perut saya dan memasukkan jarinya,saya bimbang takut ada bekasan air mani di jarinya,saya pun mengambil postinor 2 pada pkul 8 malam kiranya belum smpai 12 jam selepas bersama,dan makan lagi pada pkul 8 pagi esk…3/4 hari setelah itu saya period kembali dan darah serta kuantiti darah normal,saya pun masih tidak berpuas hati,saya membeli preg test,dan hasil negatif,saya test di waktu pagi 2 mnggu selepas bersama,tapi pada 19hb bulan ini,saya period dalam kuantiti sedikit,dan berwarna seakan2 kehitaman,apakah saya masih ada potensi mengandung?apakah ini side effect postinor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Penggunaan ubat perancang
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan