Sulit
2 tahun
Punca tidak datang period?
hai doktor. pada 26/1/22 saya dan suami ada melakukan sex tetapi suami tidak memasukkan zakar ke dlm vagina. kami cuma raba2 sahaja dan ketika memegang kemaluan suami, air mazinya terkena pada tgn saya tk lama lepas tu air mazi di tgn saya kering dan beberapa minit lepas tu saya pergi ke tandas dan membasuh kemaluan saya pakai tgn yg kena air mazi suami tu. saya ada dtg bulan pada 15/2/22 period selama 3 hari dan 19/3/22 selama 5 hari. semalam saya ada buat pregnancy test dan hasil ujian negatif. kalau saya preg mesti hasil ujian upt tu terang double line kan? sbb last bersama suami 26/1/22, 2 bulan yg lepas. pada 8/4/22 saya ada melakukan endoscopy melalui mulut dan dubur atas saranan doc. jadi disini, saya nk tanya, adakah endoscopy membuatkan period saya terganggu? ataupun adakah saya mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Merujuk penerangan anda, kebanyakan kemungkinan bahawa anda tidak hamil, berdasarkan keputusan negatif kedua-dua kali ujian UPT. Anda dicadangkan untuk mengulangi ujian UPT dan memantau diri sama ada sebarang simtom-simtom awal kehamilan seperti loya dan pening sekiranya anda rasa tidak yakin.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan endoskopi ditawarkan untuk mengenalpasti kesihatan sistem pencernaan anda. Tiada bukti setakat ini yang menunjukkan kesan endoskopi ke atas haid wanita. Komplikasi endoskopi jarang berlaku namun masih disenaraikan seperti pendarahan, keradangan, jangkitan dan rasa tidak selesa. Kesan sampingan daripada ubat bius termasuk lebam, hypotensi dan kesukaran bernafas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.