Sulit

2 tahun

Haid yang berpanjangan dan lama

Saya wanita berumur 21 tahun. Saya nak tanya saya haid dah 10 hari. Normal ke? Perlu ke saya makan ubat henti darah yg pernah sy dpat dari doktor dulu? Sy pernah mengalami dulu bila check doktor ckap hormon shj. Sy tiada cyst atau fibroid. Dan saya ingin tanya haid saya setiap bulan datang tetapi adakalanya terlewat sehari dua dan adakala terawal seminggu dua. Period saya jenis teratur atau tidak ye kalau macamtu. Mohon bantuannya doktor. Tq

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Anda mempunyai persoalan tentang haid anda.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan wanita mengalami tempoh kitaran haid selama 28 hari. Tempoh pendarahan haid pula boleh berlangsung selama 3-8 hari dan pendarahan biasanya adalah paling berat pada 2 hari pertama kitaran haid seseorang. Haid 10 hari seperti penerangan anda mungkin normal sekiranya anda biasa mempunyai haid sedemikian.

Definisi haid berlebihan atau menorrhagia adalah:

  • Pendarahan yang berjumlah 80mL atau lebih dalam satu kitaran haid
  • Tempoh pendarahan yang berlangsung lebih daripada 7 hari
  • Atau kedua-duanya

Anda tidak perlu mengukur kehilangan darah bagi menentukan “menorrhagia dan beberapa petunjuk simtom berikut mungkin boleh membantu anda dalam menentukan ini haid menorrhagia.

  • perlu menukarkan produk penjagaan haid anda (tuala wanita atau tampon) setiap satu atau dua jam
  • melepaskan darah beku yang saiznya melebihi 2.5cm (kira-kira saiz syiling 50 sen)
  • mengalami pendarahan yang banyak sehingga terkena pakaian atau tempat tidur anda
  • perlu menggunakan dua jenis produk penjagaan haid bersama-sama (misalnya, tampon dan tuala wanita atau dua tuala wanita) bagi mengelakkan pendarahan haid daripada terbocor

Anda juga mungkin mengalami gejala simtom kekurangan darah merah (anemia) seperti pening, rasa penat, kekurangan tenaga, degupan jantung yang laju, pernafasan yang lebih cepat dan kepucatan.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaaan keseluruhan dalam struktur rahim and ovari terlebih dahulu. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

AdobeStock_225318433

AdobeStock_222993457

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)