Sulit
2 tahun
Lewat period, sakit perut
hi doktor. saya harap doktor dapat menjawab segala persoalan saya.
saya lewat period. last period saya 23 FEB - 2 MAC. saya mmg jenis period tak teratur kadang tu 2 bulan sekali. tapi sampai harini 20 APR masih tak datang period. mengapa ye?
2-3 hari lepas saya sakit perut belah kiri. didatangi juga dgn keputihan. saya ingat saya nak period dah tapi masih tak dtg2 lagi.
bila saya google, kemungkinan saya dalam fasa kesuburan tapi bila saya bersama suami, saya berasa sakit di perut seakan senak. mengapa ye doktor?
saya berfikir adakah saya mengandung? atau saya nak dtg period. saya jadi mengharap.
terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Soalan 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami haid tidak teratur dan gejala sakit bawah perut baru-baru ini. Berikut adalah sebab kemungkinan untuk simtom-simtom ini.
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
- Endometriosis, sejenis keadaan di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Gejala dalam soalan 3 dikenali sebagai dyspareunia (sakit semasa bersama suami). Anda boleh merujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang dyspareunia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat berdasarkan punca gejala anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.