Sulit
2 tahun
Haid sedikit dan berhenti
Saya remaja 12 tahun , saya mengalami haid yang sedikit dan berhenti kemudian datang balik tetapi sedikit juga. pada 12/4 saya datang haid tetapi sedikit lepastu haid tu berhenti sampai lah saya bangun daripada tidur untuk ke sekolah. Semasa disekolah semasa ke tandas ada keluar darah sedikit dan berhenti. Malam pun datang sedikit. pada 16/4 haid berhenti lama dan pada waktu pukul enam lebih haid tu datang kembali tetapi sedikit , dan berhenti lagi sehingga keesokan harinya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Senaman yang berlebihan
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
- Policystic ovary syndrome atau Fibroid dalam rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!