Sulit
3 tahun
Berat badan brlebihan & ada masalah OA
Di mana saya boleh dapatkn ubat duromine 30mg? Berat saya 81kg dgn ketinggian 153cm sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang bagaimana untuk mendapatkan ubat duromine 30mg kerana masalah nerat badan berlebihan dan OA. Kami akan cuba memberikan keterangan kepada anda.
Untuk makluman anda, ubat duromine ini hanya boleh diberikan dengan preskripsi doktor. Ini bermakna anda perlu merujuk kepada doktor tentang masalah anda dan ubat ini hanya diberikan jika disahkan perlu oleh doktor sahaja.
Oleh itu, rujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Di harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.