cheqku.ganu5155
4 tahun
Berkenaan masalah sifilis
Doc, sy mahu tanya 1 soalan… bolehkah kuman sifilis memasuki liang2 roma?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagi menjawab pertanyaan anda, jawapannya adalah tidak. Sifilis tidak memasuki liang roma. Sebetulnya terdapat 3 cara untuk penyebaran kuman sifilis iaitu melalui kontak (atau sentuhan) langsung, melalui hubungan seksual (segala bentuk baik yang normal mahupun luar tabii) serta dari ibu ke anak.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.