Sulit
2 tahun
Kepala sy pening dah berapa hari ni
Kepala sy pening dah berapa hari…paling teruk pening bila pusing kiri dan kanan…kadang jln nmpk semua berpusing…perlu ke sy jumpa dktr…sbub biasa kepala pening tanda2 sy nk kena sawan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tegang
- BPPV
- Meniere’s Disease
- Tumor di otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala