Sulit
2 tahun
Keputihan keluar bersama darah sedikit dan perut bahagian atas bawah dada membesar secara tiba-tiba
Saya wanita berumur 30 tahun dan baru lepas bersalin 2bulan.Saya mengalami masalah perut jadi membesar dan rasa keras di bahagian atas selama seminggu ini disertakan semalam keluar keputihan bercampur darah.Apakah ini menjadi masalah bahaya ?Period saya pun belum mula lagi selepas berhenti darah nifas.Diharap penerangan dari doctor.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berikut adalah kemungkinan sebab gejala anda, namun anda masih dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dan mencari punca gejala tersebut.
- Sakit perut selepas bersalin
- Kontraksi rahim untuk memu;ihkan saiz sebelum mengandung
- Sembelit
- Luka Caesarean section
- Keputihan selepas bersalin
Pelepasan nifas, atau lokia lazimnya berlaku selama 6 hingga 8 minggu, berbeza kepada individual masing-masing. Lokia yang berbau tidak menyenangkan merupakan tanda jangkitan atau masalah lain yang memerlukan rawatan yang lebih lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Jangan biarkan masalah keputihan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.