Sulit
3 tahun
Lendir putih jernih keluar dari faraj adakah ia normal untuk wanita bukan hamil?
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya ingin bertanya apa punca keluar lendir jernih pada faraj? Adakah sebab hamil dan bagaimana untuk mengatasinya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui perihal lendir dan keputihan pada faraj. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan adalah cecair lendir normal pada faraj. Ia berfungsi sebagai pelindung dan pembersih semula jadi faraj. Namun begitu, terdapat beberapa variasi warna lendir pada faraj yang perlu anda tahu. Antaranya:
- putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis
- kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Cara mengelakkan penyakit pada faraj adalah:
- menjaga kebersihan faraj, basuh dari arah depan ke belakang
- memakai pakaian dalam yang sesuai dan bersih
- mengamalkan seks selamat dengan menggunakan kondom
- tidak menggunakan atau meletakkan produk seperti bedak pada faraj
Bagi maklumat lanjut, kami sarankan anda bercakap dengan doktor kami atau pakar sakit puan secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.