Sulit
3 tahun
Masalah haid dan faraj
Hai Dr…sy berumur 25 thn Dan sudah berkahwin baru 10 bln…kitaran hair sy ok ja tpi bln lepas sy hanya datang haid 3 hari shaja…tapi sy cek upt negatif…minggu lepas sy ad pakai satu produk jenis insert dlm Farah untuk ketatkan faraj…sblm ni pakai ok ja…lepas Tu sy bru nk pakai blik 2 hari lepas sy tgok mcm ad tumbuh kulat dekat produk tu mungkin sbb termasuk air…masalahnya skrg sy dah 3 hari gatal faraj mungkin sbb produk tu…apa y perlu sy buat?antibiotik apa y perlu sy ambik sbb sy kerja klinik…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat
- Bendasing (foreign body) yang kurang bersih
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ia mendatangkan gejala dan menyebabkan ketidakselesaan kepada anda. Antibiotik atau ubat-ubatan hanya boleh diberikan oleh doktor.
Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu dalam menyelesaikan!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.