Sulit
4 tahun
Meningkatkan berat badan
Cara untuk gemuk tanpa minum ubat isteroid ubat gemuk
4 tahun
Salam sejahtera.
Setiap orang mempunyai kadar metabolik yang berbeza. Kadar metabolik yang lebih tinggi bermaksud anda menggunakan lebih tenaga untuk menjalankan aktiviti harian berbanding dengan orang lain. Secara amnya, orang lelaki mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi berbanding dengan perempuan dan kanak-kanak serta orang muda mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi berbanding dengan orang tua.
Terdapat 3 sumber tenaga utama di dalam badan kita iaitu gula, protein dan asid lemak. Anda memperoleh tenaga melalui makanan dan minuman. Jika anda makan atau minum lebih banyak, atau jika anda tidak menjalankan aktiviti yang lebih untuk menggunakan tenaga, maka badan anda akan menyimpan tenaga berlebihan tersebut dalam bentuk gula, lemak atau otot dan berat badan anda akan meningkat.
Penyimpanan gula dan lemak berlebihan di dalam badan adalah tidak baik kerana ia meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Oleh itu, protein dalam bentuk otot adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan berat badan. Anda perlu mengambil lebih banyak sumber protein seperti ikan, ayam dan daging untuk meningkatkan perkembangan otot.
Pengambilan protein sahaja tidak akan berguna jika anda tidak bersenam secukupnya. Justeru itu, anda digalakkan untuk menjalankan pelbagai jenis senaman. Selain bersenam, pemakanan juga adalah penting. Pastikan anda mengambil kuantiti yang cukup setiap hari untuk menampung aktiviti fizikal anda. Pemakanan yang sihat adalah merangkumi karbohidrat, protein, lemak dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.