Sulit
2 tahun
Risau akan kehamilan yg belum bersedia
Saya wanita 20 an,baru-baru ini saya ada melakukan hubungan foreplay bersama suami,tetapi suami tidak memasukkan zakarnya kedalam faraj saya,kerisauan saya adalah bolehkah saya mengandung,jika hanya terkena air mazi suami pada faraj,saya masih belajar pada semester sebelum akhir,saya tidak bersedia lagi untuk mengandung,tambahan pula dikala saya masih belajar,dan apakah makanan yg paling sesuai untuk mencegah kehamilan,terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman pihak anda, sperma boleh hidup di luar badan selama 15 hingga 30 minit, jika keadaan sekelilingnya sesuai. Walaupun rendah, anda masih mempunyai risiko untuk mengandung.
Memandangkan anda mendapati sukar untuk mengandung dalam tempoh ini, saya mencadangkan anda untuk berbincang dengan teman dan doktor untuk mendapatkan solusi pencegah kehamilan yang paling sesuai. Tiada bukti yang kukuh kepada sebarang makanan untuk mencegah kehamilan secara berkesan.
Jika anda masih tidak menginginkan anak pada masa ini, cara paling selamat adalah mengambil pil kontraseptif kecemasan ( Morning-After Pill ). Terdapat beberapa jenis pil kecemasan ini seperti Postinor-2 dan Ella. Anda boleh mengunjungi farmasi terdekat anda untuk membelinya.Tanya ahli farmasi lebih lanjut tentang ubat ini.
Selain itu, saya amat menyarankan anda mengamalkan hubungan seks terlindung atau mengambil kontraseptif dengan suami anda sehingga anda sedia untuk mengandung. Cara yang paling selesa adalah menggunakan kondom bagi memastikan anda tidak hamil selepas bersetubuh.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat cadangan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda!