Sulit
3 tahun
Sakit pinggang sebelah kiri bahagian hadapan dan belakang, mempunyai masalah scoliosis
Saya wanita berumur 18 dan mengalami sakit pinggang sebelah kiri di bahagian hadapan dan belakang sejak 2 minggu baru baru ini, saya juga mengalami scoliosis
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Batu ginjal
- Apendisitis
- Endometriosis
- Fibroid rahim
- Radang pinggul
- Efek daripada masalah scoliosis anda
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.