Sulit
2 tahun
Simptom Simptom Covid-19
Sya seorang lelaki berumur 18 tahun. Sya baru sahaja melakukan saliva test d rumah dan mendapati keputusannya adalah positif. Sya mengalami simptom seperti sakit yng mencucuk di bahagian kepala, telinga serta rahang. Sya juga mengalami sakit pada bahagian atas mata, sakit otot dan sakit yng mencucuk di bahagian dada kiri.Adakah Simptom² yng sya alami ini normal doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda berminat untuk mengetahui tentang simtom Covid.
Berikut adalah simptom yang menonjol daripada Omicron:
- Batuk
- Keletihan atau kepenatan melampau
- Hidung tersumbat dan berair
- Sakit tekak
- Sakit kepala
Berbeza dengan varian sebelum ini, hilang deria rasa bukan lagi menjadi simptom utama jangkitan. Sementara itu, Perubatan John Hopkins menunjukkan kira-kira 20% berkemungkinan mengalami cirit-birit sebagai simptom sejurus selepas dijangkiti virus.Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya simptom dengan tanda-tanda biasa iaitu keletihan, masalah pernafasan, sakit otot dan badan serta sakit kepala atau sakit tekak.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini