Sulit
4 tahun
Siplis kerana hubungan seks
Saya seorang lelaki berusia 26 tahun dan sudah berkahwin . Pada 4 tahun yang lepas saya telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita , selepas 2 hari saya melakukan hubungan itu , terdapat cecair lendih putih yang keluar pada alat sulit saya dan saya tidak pergi merawar. Dan sekarang saya sudah pun berkahwin 3 tahun dan mempunyai anak seorang . Tetapi masa perkahwinan saya , alat sulit isteri saya mula berbau selepas saya melakukan hubungan seks . Adakah saya dan isteri atau anak saya perlukan rawatan . Harap doktor balas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah bersetubuh
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.