Sulit
3 tahun
Suntikan perancang dan pil kecemasan
salam and hi. saya bersama suami isnin malam tanpa memakai pelindung tetapi suami saya buang luar. pagi selasa saya baru beli pil kecemasan dan terus makan. hari khamis pula saya ambil suntikan perancang di klinik kesihatan. adakah saya mempunyai kemungkinan untuk hamil? saya lewat 6 hari period.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pil kecemasan dapat memberikan kesan perancang sebanyak 85peratus. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi. Selain itu, suntikan perancang mempunyai kesan perancang yang lebih tinggi daripada pil kecemasan.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk kenal pastikan status hamilan anda. Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut serta membantu anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.