Sulit
3 tahun
Tekanan darah tinggi selepas pitam
saya lelaki berumur 27 tahun. suatu petang selepas saya selesai jogging, saya merasakan diri saya alami pitam. pada hari itu dari pagi ke petang sebelum berjogging saya hanya makan sebiji pisang dan air kosong sahaja. 2 hari selepas pitam itu saya hadir ke klinik untuk pemeriksaan dan dapati tekanan darah saya tinggi 140/100 sedangkan saya tidak pernah ada sejarah darah tinggi. buat pemeriksaan ecg, clear dan normal. 2 minggu kemudian saya hadir ke klinik lain untuk pemeriksaan tekanan darah, dan dapati tekanan darah saya turun kepada 120/88 dan hari lain saya ke klinik lain dapati bacaan 119/83 dan kembali ke klinik kedua bacaan 119/80. apakah faktor kenaikkan tekanan darah saya sebelum ini? sedangkan sepanjang 2 minggu selepas pitam saya tiada mengambil ubat darah tinggi mahupun bersenam.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami tentang kegelisahan anda akibat dari perubahan tekanan darah yang ditemukan tempoh hari walaupun tidak anda tidak mempunyai sejarah penyakit darah tinggi atau memakan apa-apa ubat yang berkaitan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya tekanan darah tinggi yang meningkat secara mendadak boleh disebabkan oleh
- minuman berkafein
- stres atau cemas
- merokok
- ubat-ubatan
- aktiviti berintensiti tinggi
Namun begitu, peningkatan tekanan darah yang disertai gejala seperti pitam, gangguan penglihatan, muntah, sesak nafas dan kelemahan tubuh badan, boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius dan memerlukan bantuan segera, seperti
- serangan jantung
- strok
- perdarahan otak
- penyakit buah pinggang kronik
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor secara secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar jantung