Jazli
5 tahun
Ayah saya meninggal akibat sakit jantung, adakah saya perlu buat pemeriksaan jantung?
Ayah saya dahulu meniggal disebabkan sakit jantung. Saya dengar orang yang ada keturunan sakit jantung ni biasanya akan dapat juga sakit jantung. Saya dah berusia 57 tahun. Tak lama lagi akan bersara. Perlu ke saya berjumpa doktor jantung untuk buat check ke apa apa?
5 tahun
Salam sejahtera.
Penyakit jantung merupakan punca maut yang paling biasa di negara kita.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung terutamanya pemakananan yang tidak sihat, tidak bersenam, stres dan sebagainya. Salah satu punca utama dalah sejarah keluarga. Kajian penyelidikan telah membuktikan bahawa sejarah keluarga tidak menyebabkan penyakit jantung secara langsung tetapi ia meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit jantung.
Penyakit jantung boleh menyebabkan tanda-tanda seperti sesak nafas, sakit dada, keletihan, pening, pitam, palpitasi dan loya. Penyakit jantung juga sering dikaitkan dengan penyakit lain seperti kolesterol tinggi, darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Anda digalakkan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal diet pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan risiko anda. Jika anda telah mengalami tanda-tanda penyakit jantung, maka anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera.