emeldanatashaaa
4 tahun
Buku lali patah semasa kemalangan
saya wanita dalam 20 an, Pada 21 sept sy kemalangan dan menyebabkan buku lali saya patah belah kanan. Doctor beritahu pada sy supaya memakai simen selama 6 minggu. Boleh sy tahu tempoh bagi tulang buku lali cantum? dan akan menjalani xray lps 6 minggu ni jika tulang sy sudah kembali cantum, adakah sy akan buka simen? dan jalan seperti biasa balik?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, proses pemulihan kecederaan buku lali anda boleh mengambil masa selama 6 minggu atau lebih bergantung kepada tahap kesihatan anda. Simen pada buku lali pada kebiasaannya akan dibuka selepas 6 minggu dan digantikan dengan penyokong buku lali jenis kain bagi proses fisioterapi dan sokongan sementara. Anda digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihat seperti makanan tinggi protein, vitamin dan kalsium bagi menyokong proses pemulihan yang sempurna. Sekian