Sulit
2 tahun
Kening dan rambut gugur
Hi doc. Saya berumur 23 tahun (wanita). Bulu kening saya gugur, ini kali kedua terjadi. Sebelum ni pernah jadi, hampir separuh bulu kening belah kanan gugur tetapi tumbuh semula, cuma tak sama mcm dulu. Cuma sekarang dia jadi balik. Rambut saya pun banyak gugur. Masa umur 16/17 pun rambut saya pernah gugur teruk sampai ada kawasan di kepala yang botak. Tapi rambut tumbuh balik, cuma lambat.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berikut adalah kemungkinan sebab rambut dan kening gugur.
- Iritasi atau keradangan disebabkan oleh bahan kosmetik atau produk penjagaan rambut yang dipakai
- Stress
- Alopecia
- Masalah tiroid; masalah tiroid samada hiper ataupun hipotiroid dapat mengubah kualiti bulu dan rambut seseorang
- Kanser kulit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.