Anonymous
5 tahun
Masalah najis & lubang anus berbau
Dalam 2 bulan ini saya menghadapi masalah dengan lubang anus dan keadaan sekarang di kawasan lubang anus menampakkan seperti telur kecil yang menempel di ruang tepi anus.
Masalah yang sering dihadapi adalah ianya berbau yang sangat busuk dan menganggu keselesaan orang ramai dan stress juga malu. Angin perot yang keluar terlalu kerap dan amat busuk.
Sila diagnos doktor. Terima Kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami pelbagai gejala yang mungkin saling berkaitan ataupun tidak. Bagi membincangkan masalah ini secara keseluruhan dan dengan maklumat yang betul dan lengkap, saya amat menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.