pakcuwan4roda
5 tahun
Masalah paru paru berair
Apakah rawatan.utk paru paru berair dan apakah risikonya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rawatan paru-paru berair yang akan diberikan oleh doktor terdiri atas:
- Oksigen melalui topeng muka
- Ubat untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan melalui saluran kencing. contohnya ubat furosemide.
- Ubat tahan sakit untuk mengurangkan sesak nafas dan sakit dada
- Ubat darah tinggi sekiranya tekanan darah terlalu tinggi
Sebetulnya paru-paru berair adalah masalah kesihatan yang serius. Seandainya anda didiagnosis dengan paru-paru berair, sebaiknya segera mendapatkan perawatan di hospital kerana dikhuatiri membahayakan nyawa anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.