Dikemaskini pada: Jun 11, 2020
Selamat petang, doktor. Saya seorang pesara lelaki berusia 67 tahun yang bimbang terhadap kesihatan saya. Tiga tahun dahulu saya mengalami serangan sakit jantung yang dirawat menggunakan ubat cair darah. Saya seorang yang agak gemuk dengan berat badan 110kg dan saya juga merokok sebungkus rokok sehari. Dalam 2 bulan ini, saya berasa sesak nafas walaupun naik tangga di rumah sahaja. Jika tempat letak kereta jauh sedikit, saya akan berasa semput dan sakit dada. Selain itu, saya tidak boleh tidur tanpa menggunakan 3-4 bantal akibat mudah sesak nafas dan kadang-kala saya akan terjaga dari tidur secara tiba-tiba kerana kesukaran untuk bernafas. Saya juga sering mengalami batuk-batuk yang melibatkan pengeluaran kahak berwarna merah jambu. Pada waktu ini, kasut saya sudah tidak muat kerana kedua-dua belah kaki saya bengkak tetapi tidak sakit.
Anak saya risau bahawa keadaan kesihatan saya disebabkan oleh paru-paru berair setelah membaca artikel di sebuah laman web. Bagaimanakah paru-paru saya boleh dimasuk air doktor? Apakah rawatanparu-paru berair ini? Terima kasih doktor kerana sudi menjawab soalan saya.
Terima kasih atas soalan encik. Saya faham bahawa encik mesti berasa amat risau kerana simptom-simptom anda telah menjejaskan aktiviti seharian encik. Pada pendapat saya, encik sedang menghadapi masalah paru-paru berair (“pulmonary edema”) kemungkinan besar disebabkan oleh masalah fungsi jantung yang lemah akibat serangan sakit jantung tiga tahun yang lalu. Saya berpendapat bahawa encik haruslah berjumpa dengan doktor di hospital untuk menyelesaikan masalah ini sebelum kesihatan anda semakin merosot. Sekiranya paru-paru berair tidak dirawat, ia mungkin akan membawa maut. Doktor di hospital akan memberi ubat untuk mengeluarkan air dalam paru-paru serta ubat tahan sakit dan oksigen supaya dapat mengurangkan kesesakan nafas dan sakit dada. Doktor di hospital juga akan melakukan ujian untuk mencari penyebab paru-paru berair.
Selain itu, saya juga ingin menegaskan bahawa encik perlu menurut arahan doktor untuk sentiasa disiplin dalam mengambil ubat yang diberikan oleh pihak hospital agar encik tidak mengalami komplikasi yang lebih teruk. Encik juga harus untuk mengelakkan daripada pengambilan cecair yang berlebihan misalnya sup dan juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara mempraktikkan diet pemakanan seimbang dan berhenti merokok.
Paru-paru berair terjadi apabila air berlebihan berkumpul di dalam paru-paru. Cecair ini berkumpul dalam “alveoli” paru-paru, iaitu kantung udara dalam paru-paru. Untuk individu yang sihat, setiap nafas yang dihembus membolehkan “alveoli” melepaskan karbon dioksida dari badan dan mengambil masuk oksigen dari persekitaran. Lantas, “alveoli” ini berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada darah yang mengalir ke dalam paru-paru dan ke seluruh badan.
Apabila cecair berkumpul dalam “alveoli”, maka pesakit akan mengalami masalah seperti sesak nafas kerana fungi paru-paru dalam proses pertukaran oksigen tidak lagi berfungsi. Keadaan ini mempunyai pelbagai punca walaupun punca utama paru-paru berair biasanya adalah disebabkan oleh masalah jantung.
Secara ringkasnya, punca-punca paru-paru berair boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
Masalah jantung (“cardiogenic pulmonary edema”)
Punca selain daripada masalah jantung (“non-cardiogenic pulmonary edema”)
Apabila paru-paru seseorang dimasuki air, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti:
Gejala yang disenaraikan di atas biasanya dialami oleh penghidap paru-paru berair yang kronik. Pesakit juga boleh mengalami masalah paru-paru berair secara mendadak dan akut. Pesakit tersebut akan mengalami:
Fenomena ini merupakan kecemasan dan pesakit haruslah ke hospital dengan segera. Pesakit ini dilarang sama sekali untuk memandu kereta ke hospital kerana boleh membahayakan diri serta orang sekeliling.
Terlebih dahulu, doktor akan menjalankan penilaian terhadap fungsi jantung, paru-paru serta organ lain. Contohnya, doktor mengambil darah serta mengimbas struktur paru-paru dan jantung menggunakan X-ray dan mesin ultrasound.
Untuk mengurangkan gejala pesakit, doktor di hospital akan memberi:
Di samping itu, doktor juga akan merawat punca utama paru-paru berair tersebut. Sebagai seorang pesakit, terdapat langkah-langkah pencegahan diri dari mengalami masalah ini. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi menghidap paru-paru berair haruslah mengikut nasihat dan arahan doktor untuk mengawal keadaan sendiri. Langkah-langkah tersebut termasuk:
Kesimpulannya, paru-paru berair merupakan masalah kesihatan yang serius yang akan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang. Untuk sebarang persoalan, layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk berunding dengan doktor kami.
Rujukan
Soalan berkenaan - cara mengatasi paru paru berair, bahaya paru paru berair, pengubatan paru paru, paru paru berair in medical term
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my