Sulit
5 tahun
Rash di seluruh badan
Sy telah memulakn rawatan haart 14hari yang lalu,tetapi pada hari ke 15 sy dapati timbul ruam di seluruh badan termasuk muka.ruam kemerahan itu tidak gatal.adakah itu kesan dari ubat itu sendri atau Perlukah sy berhenti dari mengambil haart?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan ubat HAART - sekiranya tidak surut dalam tempoh 2-3 hari, anda dinasihatkan untuk ke klinik segera
- Alahan ubat - ruam selalunya akan gatal
- Demam campak
- Jangkitan cacar air (chicken pox)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan kulit dan ruam adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.