- Tubuh anda akan mengalami banyak perubahan ketika hamil, dan salah satu daripadanya adalah gas yang dihasilkan oleh badan menyebabkan ketidakselesaan. Ini adalah perkara normal kepada setiap wanita yang sedang mengandung.
- Hormon progesteron adalah salah satu punca utama gas berlebihan semasa hamil.
- Oleh kerana badan anda menghasilkan lebih banyak progesteron ketika mengandung, otot di dalam badan anda akan kendur, fleksibel dan lembut.
- Ini termasuk otot-otot usus anda. Otot usus anda akan bergerak lebih perlahan bermakna pencernaan anda akan mengambil masa yang lama.
- Oleh yang demikian, gas akan terhasil dengan lebih banyak menyebabkan kembung perut dan anda akan sendawa bagi mengeluarkan angin.
- Kebiasaannya, setiap individu akan buang angin sebanyak 12 kali atau lebih sehari.
- Apabila rahim anda mengembang ketika hamil, ia akan mengambil ruang pada rongga abdomen dan menjadi punca proses pencernaan anda menjadi lambat dari biasa.
- Inilah sebab mengapa anda mengalami masalah pedih ulu hati, gastrik atau sembelit semasa hamil, meskipun anda tidak pernah mengalami masalah ini sebelum anda hamil.
Bagaimana saya boleh atasi gastrik ketika hamil (Pregnancy-related Heartburn)?
Anonymous
Hai doktor, saya sekarang ini sedang mengandung 5 bulan dan umur saya 35 tahun. Ini adalah kehamilan pertama saya. Saya mendapat tahu saya hamil ketika saya haid saya datang lambat selama sebulan. Saya buat ujian kencing di rumah dan dapati saya positif mengandung. Saya pergi ke klinik untuk memastikannya dan doktor di klinik confirmkan saya mengandung 3 minggu semasa itu.
Sekarang ini, saya ada perasan badan saya sentiasa berangin dan walaupun saya kerap makan, saya ada rasa pedih ulu hati. Saya ada la juga ambil Gaviscon yang saya beli dekat farmasi, tetapi ia masih berlaku. Kalau saya tak ambil gaviscon itu, saya akan dapat gastrik.
Jadi sekarang ini saya nak tanya apa sebenarnya penyebab bagi masalah gastrik ketika hamil? Apakah gejala-gejala yang harus saya perhatikan untuk di ambil serius? Adakah masalah ini biasa bagi setiap wanita yang sedang mengandung? Dan apakah cara-cara yang perlu saya buat untuk tidak selalu berasa gastrik? Harap doktor dapat jelaskan lebih lanjut berkenaan dengan masalah ini. Terima kasih.
Anonymous
Hai doktor, saya sekarang ini sedang mengandung 5 bulan dan umur saya 35 tahun. Ini adalah kehamilan pertama saya. ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMAHai Puan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bercakap tentang gastrik ketika hamil (Pregnancy Heartburn), ia adalah perkara normal berlaku kepada setiap wanita hamil. Ketika mengandung, badan anda akan mengeluarkan hormon progesterone. Hormon ini berfungsi untuk melembutkan otot-otot pada badan terutama sekali otot pada usus. Ini mengakibatkan proses pencernaan menjadi lambat dan menyebabkan pengumpulan gas dalam badan. Rentetan itu, terjadinya masalah gastrik atau pedih ulu hati.
Hai Puan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bercakap tentang gastrik ketika hamil (Pregnancy Heartbu... See More
Apakah penyebab gastrik ketika hamil?
Apakah gejala gastrik ketika hamil?
- Perut kembang
- Rasa pedih ulu hati
- Sembelit
- Banyak angin dalam badan
- Ketidakselesaan pada badan
Apakah rawatan gastrik ketika hamil?
Pelbagai langkah mudah boleh diambil untuk melegakan masalah pedih ulu hati ketika mengandung. Antaranya adalah minum air dengan secukupnya, menjaga pemakanan dan memastikan anda tidak sembelit.
- Minum Banyak Air
- Minum lapan hingga 10 gelas air setiap hari.
- Pastikan jus yang anda minum rendah dalam beberapa jenis gas dan gula yang seperti FODMAP. Jus cranberry, anggur, nanas, dan oren semuanya jus rendah FODMAP.
- Sentiasa Bergerak
- Aktiviti fizikal dan senaman harus menjadi sebahagian daripada rutin harian anda.
- Sekiranya anda tidak mampu pergi ke gym, anda boleh berjalan kaki sebagai satu bentuk senaman.
- Tetapkan masa untuk berjalan atau bersenam sekurang-kurangnya 30 minit.
- Ia bukan sahaja dapat membantu menjaga fizikal dan emosi anda, ia juga boleh membantu mencegah masalah sembelit dan mempercepat proses pencernaan.
- Pastikan anda berunding dengan pakar obstetrik anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang rejimen latihan semasa hamil.
- Elakkan senaman yang terlalu berat.
- Mengawal Pemakanan Anda
- Cuba untuk tidak makan makanan yang boleh mengakibatkan anda mendapat gastrik dan perhatikan jika keadaan anda bertambah lebih baik atau tidak dengan tidak mengambil makanan tersebut.
- Dengan cara itu, anda boleh mengelakkan makanan yang menyumbang kepada masalah ini.
- Makanan seperti brussels, kubis, brokoli, gandum, dan kentang adalah antara penyebab gastrik
- Memakan Makanan yang Mempunyai Serat Yang Tinggi
- Ini adalah kerana serat membawa air ke dalam usus, melembutkan najis dan membantunya untuk dibuang dengan mudah.
- Cuba ambil 25 hingga 30 gram makanan berserat tinggi untuk membantu meredakan masalah gastrik.
- Buah-buahan seperti prun, buah ara, dan pisang serta sayur-sayuran dan bijirin seperti gandum mengandungi serat yang baik untuk mengatasi masalah gastrik.
- Tanya Mengenai Fiber Tambahan
- Jika anda bukan penggemar makanan serat tinggi atau anda mencari alternatif yang lebih cepat dan mudah, tanya doktor anda sama ada suplemen serat, seperti psyllium (Metamucil), metilcellulosa (Citrucel), atau polietilen glikol 3350 (Miralax) boleh memberi manfaat kepada anda.
- Pelembut Najis
- Docusate (Colace), melembutkan najis dan melembapkan najis bagi melancarkan proses membuangnya.
- Wanita digalakkan untuk mengambil 50 hingga 100 mg docusate dua kali sehari sepanjang tempoh kehamilan mereka.
- Cuma elakkan sebarang ubat sembelit seperti sennosides (Ex-Lax, Senokot), kerana ubat-ubat tersebut boleh menyebabkan komplikasi semasa hamil.
- Mengatasi tekanan
- Kegelisahan dan tekanan akan meningkatkan jumlah udara yang anda telan sekaligus kembung perut.
- Hilangkan stres dari kehidupan anda.
- Ambil masa untuk bertenang di siang hari dengan menarik nafas panjang dan berehat, atau pergi ke spa pranatal. Lakukan apa sahaja yang perlu untuk menenangkan diri anda.
Bilakah anda harus berjumpa dengan doktor?
Untuk memastikan sesuatu yang lebih serius tidak berlaku, dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami kesakitan yang teruk lebih daripada 30 minit, atau sembelit selama lebih daripada satu minggu.
Jika tidak, pilih ubat-ubatan yang paling sesuai untuk gaya hidup anda. Dapatkan konsultasi dengan doktor anda berkenaan masalah gastrik.Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References