Apakah Itu Darah Nifas (Postpartum Blood) Kepada Wanita Dan Ibu?

Anonymous
Hai Doktor. Saya seorang ibu yang baru melahirkan anak pertama 5 minggu yang lepas, dan saya bersalin secara normal (tidak kena caesar). Saya ingin bertanya tentang darah nifas. Selepas seminggu saya bersalin, kebiasaanya akan keluar darah nifas tetapi lama-kelamaan darah bertukar warna kuning selama 14 hari. Kemudian ia berhenti dan seminggu juga tak keluar apa-apa. Minggu ke 5, saya perasan darah merah keluar balik dari faraj saya. Saya bingung memikirkan adakah ini masih darah nifas atau darah haid. Darah yang keluar tidak lah banyak dan saya hanya perlu tukar tuala wanita 3 kali sahaja dan darah tersebut tidak memenuhi sepenuhnya tuala wanita saya. Perlu kah saya risau tentang perkara ini? Adakah ini normal bagi setiap wanita selepas melahirkan anak?
Bagaimana saya boleh membezakan jika ini darah nifas atau darah haid? Jika darah ini adalah darah nifas, bagaimana harus saya lakukan untuk memberhentikannya? Harus kah saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan? Memandang saya seorang ibu yang baru, saya agak khuatir dengan masalah ini, saya risau juga jika ada apa-apa masalah pada kesihatan rahim saya. Saya memang mengikut pantang lepas bersalin betul-betul bagi mengelakkan apa-apa masalah yang tak diingini. Mohon doktor dapat membantu saya tentang masalah ini.
Anonymous
Hai Doktor. Saya seorang ibu yang baru melahirkan anak pertama 5 minggu yang lepas, dan saya bersalin secara normal... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hai Puan, terima kasih menggunakan perkhidmatan ini. Sama ada puan melahirkan bayi secara normal (melalui faraj) atau secara pembedahan (caesarean section), memang dijangka darah nifas akan keluar sebaik sahaja selepas bersalin. Ini adalah salah satu cara tubuh membersihkan rahim. Di minggu pertama, darah akan keluar banyak bersama ketulan-ketulan atau darah beku adalah dipanggil darah nifas. Selepas 10 hari, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Lokia adalah cecair badan yang boleh kelihatan jelas berwarna putih krim.

Cecair ini boleh keluar berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun Puan tidak menyusukan anak atau sedang menyusukan anak. Selepas kemunculan lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.

Tanda-tanda pendarahan yang membimbangkan adalah seperti berikut:

  • Pendarahan yang memenuhi tuala wanita pada setiap jam
  • pendarahan yang berserta dengan kesakitan yang teruk
  • demam tiba-tiba
  • pendarahan secara berterusan lebih dari tujuh hari

Hubungi doktor anda jika Puan mengalami tanda-tanda ini atau sebarang tanda lain yang membimbangkan

Hai Puan, terima kasih menggunakan perkhidmatan ini. Sama ada puan melahirkan bayi secara normal (melalui faraj) at... See More

Apakah tanda pendarahan yang membimbangkan?

  • (Postpartum haemorrhage) dari darah nifas yang normal. Jika darah kekal berwarna merah terang lebih daripada tujuh hari selepas kelahiran, ini menandakan masalah pendarahan mungkin berlaku.
  • Wanita yang baru melahirkan anak, yang merasa kesejukan atau demam mungkin mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Pendarahan yang tidak normal selepas kehamilan tidak semestinya akan berlaku selepas bersalin, malah ia boleh muncul pada bila-bila masa sehingga satu bulan selepas bersalin.

Apakah perbezaan darah haid dan nifas

  • Untuk tiga atau empat hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami pendarahan merah yang terang, sama seperti darah haid. Ini dipanggil sebagai darah nifas.
  • Selepas hari ketiga atau keempat, darah nifas biasanya menjadi lebih berair dan mulai dilihat berwarna merah jambu. Ianya menjadi kebiasaan untuk mendapat pendarahan yang lebih banyak selama beberapa hari, terutamanya jika anda lebih aktif. Sekiranya pendarahan anda menjadi lebih merah dan banyak, anda perlu cuba untuk berehat dan lihat jika ia menjadi berkurangan. Pendarahan yang kekal merah terang pada minggu pertama adalah abnormal dan perlu dirujuk kepada doktor.
  • Sekitar 8-10 hari selepas kelahiran, aliran merah jambu biasanya akan bertukar kepada pelepasan putih kuning yang lebih banyak.
  • Pendarahan bertompok atau “spotting” boleh berlaku selama 6 minggu selepas kelahiran bayi, tetapi bagi kebanyakan wanita, ia akan selesai lebih awal.
  • Haid wanita biasanya akan kembali kira-kira enam hingga lapan minggu setelah bersalin, jika dia tidak menyusukan anak. Bagi wanita yang menyusukan anak, masa untuk haid kembali semula mungkin berbeza-beza. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid sepanjang masa mereka menyusukan anak. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin akan kembali selepas beberapa bulan, sama ada mereka menyusukan anak ataupun tidak.
  • Jika haid anda kembali dengan cepat selepas bersalin dan anda bersalin secara normal, doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda mengelakkan menggunakan tampon semasa haid pertama anda. Ini kerana badan anda masih dalam proses penyembuhan, dan tampon berpotensi menyebabkan trauma.
  • Gunakan tuala wanita bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sentiasa tukar tuala wanita supaya anda tidak mendapat masalah jangkitan di pundi kencing atau rahim dan sebagainya.

Berapa lama tempoh keluarnya darah nifas

Bagi kebanyakan wanita, mereka akan melalui pendarahan nifas selama seminggu atau dua minggu. Tempoh ini bergantung kepada tubuh masing-masing, secara purata pendarahan nifas boleh mengambil masa kira-kira 4-6 minggu.

Bagaimana saya boleh menguruskan darah nifas?

  • Anda boleh gunakan tuala wanita khas untuk darah nifas pada awal pendarahan berlaku kerana jumlah darah akan lebih banyak. Anda boleh dapatkannya percuma dari hospital dan apabila pendarahan berkurang, anda boleh memakai tuala wanita biasa.
  • Jangan gunakan tampon sekurang-kurangnya selama enam minggu, kerana ia mampu menyebabkan jangkitan dalam faraj dan rahim, menghalang proses penyembuhan rahim
  • Kerap ke tandas untuk membuang air kecil, walaupun anda tidak merasakan keinginan untuk kencing. Selepas anda melahirkan, pundi kencing anda mungkin akan kurang sensitif daripada biasa, jadi anda mungkin tidak merasakan keperluan untuk buang air kecil walaupun pundi kencing anda sudah penuh. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan kesukaran rahim untuk mengecut dan menyebabkan pendarahan yang lebih banyak.
  • Dapatkan rehat secukupnya. Jika anda melakukan terlalu banyak aktiviti, pendarahan nifas mungkin akan berlanjutan.

Bila Harus Saya Berjumpa Doktor

Jika anda mengalami simptom berikut, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kerana tanda-tanda ini mungkin menandakan anda sedang mengalami jangkitan atau masalah lain yang mungkin serius.
  • Pelepasan nifas, atau lokia, yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan
  • Anda menggigil atau demam
  • Gatal kemaluan
  • Sekiranya pendarahan kekal merah terang dan banyak seperti pendarahan pada minggu pertama
  • Jika perut anda terasa sakit pada sebelah atau kedua belah perut
  • Sekiranya pendarahan menjadi sangat banyak secara tiba-tiba sehingga perlu menggunakan lebih dari satu maxi pad setiap jam.
  • Sekiranya pendarahan menjadi lebih banyak dan berwarna merah terang selepas empat hari selepas bersalin, walaupun anda berehat dan tidak melakukan aktiviti berat.
  • Sekiranya keluar banyak darah beku yang lebih besar daripada sekeping 50sen.
  • Anda merasa pening, pitam atau menjadi lemah
  • Denyutan jantung anda menjadi tidak teratur atau menjadi laju.

Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.

References