Sama seperti semua jenis ubat, pil perancang ini boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan, walaupun bukan setiap orang akan mengalami kesan-kesan tersebut.
Kesan sampingan yang lazim berlaku:
· Sakit kepala
· Rasa loya
· Sakit pada payudara
· Naik berat badan
· Rasa murung
Sekiranya seseorang mengalami kesan-kesan sampingan yang tidak disenaraikan atau serius, mereka haruslah berjumpa dengan doktor.
Pil perancang ini biasanya tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan yang teruk. Namun, terdapat segelintir orang yang tidak harus mengambil pil perancang ini kerana risiko kesan sampingan yang serius lebih tinggi dalam kalangan mereka. Seseorang tidak digalakkan memakan pil ini dan menggunakan pencegahan hamil yang lain sekiranya:
- Pernah mengalami bekuan darah dalam salur darah dan organ lain. Hal ini disebabkan pil ini akan mengakibatkan darah badan menjadi lebih pekat.
- Pernah mengalami serangan sakit jantung atau strok.
- Merokok. Merokok akan meningkatkan kejadian darah menjadi beku, lalu tidak haruslah digabungkan dengan pemakanan pil perancang ini.
- Menghidap penyakit migrain. Pil ini mungkin meningkatkan risiko mendapat serangan migrain.
- Mengalami pendarahan dari faraj yang tidak diketahui puncanya. Hal ini mungkin merupakan gejala kanser wanita.
- Menghidap masalah hati. Jarang sekali, pil perancang boleh menyebabkan fungsi hati merosot.
- Menghidap barah payudara atau organ reproduktif yang mungkin membesar akibat hormon dalam pil. Sekiranya anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap barah ini,