Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh didapati dengan penggunaan pil perancang ataupun dengan menggunakan suntikan. Berikut adalah antara kesan-kesan sampingan yang mungkin dialami:
- Pendarahan pada tengah-tengah kitaran haid
Biasanya kitaran akan kembali normal dalam jangka masa tiga bulan selepas pengambilan pil
Berlaku pada permulaan pengambilan pil. Ambil bersama makanan atau sebelum tidur mampu mengurangkan rasa mual
- Rasa kesakitan pada bahagian payu dara
- Pil perancang boleh menyebabkan payu dara sedikit membengkak, tetapi biasanya akan berkurangan selepas beberapa minggu pengambilan pil
- Pemakaian coli yang sesuai, mengurangkan pegambilan garam dan kafein dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa.
- Pening-pening dan migrain
Disebabkan oleh kitaran hormon-hormon yang lepaskan oleh pil perancang. Pengurangan dos dapat membantu mengurangkan rasa pening-pening
Tiada kajian yang spesifik menunjukkan kaitan peningkatan berat badan dengan pengambilan pil perancang. Namun, terdapat satu review dilihat peningkatan sebanyak 2 kilogram berlaku dalam tempoh 6 hingga 12 bulan lepas pengambilan pil perancang
- Perubahan emosi yang tidak menentu
- Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan pil perancang meningkatkan risiko kemurungan atau perubahan emosi.
- Dinasihatkan jika sesorang yang mengalami simptom ini untuk berjumpa doktor dengan segera
- Kurang ransangan seksual
Keadaan ini mungkin berlaku kepada sesetengah pengguna. Jika berterusan ia sangat menggannggu kehidupan pasangan. Hal ini haruslah dibincang bersama doktor agar alternatif lain dapat dicari untuk mengatasinya.
- Pengeluaran cecair daripada faraj
Cecair mungkin keluar disebabkan oleh peningkatan atau pengurangan cecair yang memberikan gelinciran di dalam faraj. Ia juga mungkin disebabkan oleh perubahan keadaan cecair semulajadi faraj
- Perubahan kejelasan penglihatan jika anda memakai kanta lekap
Hal ini disebabkan oleh perubahan ketebalan kornea akibat perubahan keseimbangan hormon oleh pil perancang. Tetapi ianya tidaklah berkait dengan risiko peningkatan penyakit mata. Pemakai kanta lekap perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk menguruskan masalah ini.
menguruskan masalah ini. Selain daripada itu, anda haruslah berjumpa dengan doktor dengan segera jika mengalami simptom-simptom berikut ketika mengambil pil perancang:
- Kesakitan perut
- Sakit dada
- Sakit kepala yang teruk
- Penglihatan kabur
- Bengkak atau sakit pada kaki dan paha
Risiko yang serius menggunakan pil kawalan kelahiran, terutama pil kombinasi, adalah peningkatan risiko pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan:
- Trombosis salur darah
- Serangan jantung
- Strok
- Embolisma pulmonari (pulmonary embolism)
Secara keseluruhannya, risiko darah beku daripada menggunakan apa-apa jenis pil kawalan kelahiran adalah rendah. Walau bagaimanapun, risiko darah beku daripada pil perancang lebih tinggi untuk wanita-wanita yang mempunyai keadaan tertentu termasuklah wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan, tekanan darah tinggi dan berada di atas katil untuk jangka masa panjang.