Sulit
2 tahun
Antibodi badan jika tidak mengambil ubat ubatan
Assalamualaikum, saya Aisya berumur 19 tahun. Alhamdulillah sejak umur remaja saya jarang terkena penyakit, tetapi apabila sudah kena saya berasa teragak agak untuk mengambil ubat ubatan kerana saya rasa kalau saya tak mengambil ubat ubatan badan saya boleh baik sendiri kerana badan saya boleh bina antibodi sendiri. Saya nak tanya doktor adakah mengambil ubat ubatan lebih baik atau tak ambil pun takpe ? adakah antibodi saya jadi lebih bagus kalau tak ambik ubat ubatan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Waalaikumussalam.
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, betul badan anda sendiri boleh membaiki dirinya dengan membina antibodinya sendiri. Sesetengah orang dikurniakan sistem imun semula jadi yang lebih kuat daripada orang lain.
Bergantung pada jenis penyakit yang anda alami, sesetengah penyakit boleh sembuh tanpa bantuan ubat-ubatan dan ada yang perlukannya. Nasihat saya adalah untuk berjumpa dengan doktor apabila sebarang gejala tidak bertambah baik atau bertambah teruk selepas 2 atau 3 hari.
Apabila anda mendapatkan rawatan perubatan daripada doktor yang dipercayai, anda harus membincangkan kebimbangan dan pendapat anda mengenai pengambilan ubat. Jika doktor mendapati ubat diperlukan selepas perbincangan, saya sarankan agar mengikuti nasihat doktor dan menghabiskan preskripsi, terutamanya antibiotik. Anda sentiasa boleh mendapatkan pendapat kedua sebelum memulakan sebarang ubat bagi meredakan kerisauan anda.
Ubat-ubatan biasa tidak akan menyebabkan sistem imun dan antibodi semulajadi anda lemah. Malah, bergantung kepada jenis ubat, sesetengah daripadanya meningkatkan sistem imun atau memberikan bantuan untuk melawan bakteria, virus, dan bahan asing lain yang mungkin menyebabkan penyakit itu.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor apabila sakit untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.