Sulit
4 tahun
Assalam doktor.. mohon pertanyaan… apa sbb or faktor gejala pening kepala dan muntah selepas makan soto nasi impit… mlm nie asik muntah jerk nie… risau plak… nak kne bawak g hospital ke… mohon pendapat doktor2 semua
isteri dalam pantang hari ke 35… ptg tdi ada makan nasi impit soto…mlm nie pening dan muntah2… apa punca… adakah keracunan?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Perubahan hormon
- Masalah tekanan darah
- Dehidrasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.