Sulit

3 tahun

Badan yang tetapi perut buncit walaupun mengamalkan senaman

Hi doktor. Saya berumur 27 tahun. Saya mempunyai berat normal dengan BMI 19. Saiz badan saya secara umumnya adalah xs-s. Tetapi saya mempunyai masalah perut yang agak besar seperti orang bersaiz (L/ 31-31 inci)

Saya menganggap ia kerana pengumpulan lemak Visceral. Oleh itu dalam tempoh sebulan lebih ini saya mengawal jenis makanan yang diambil, sarapan dan makan tengahari (portion nasi dikurangkan). Makan malam minum (250 Homesoy less sugar). Tidak mengambil minuman manis dan memastikan minum air masak 2 liter dan ke atas.

5 hari seminggu saya melakukan senaman Cardio, Tabata, Hit training dan abs workout. Keseluruhannya selama (1 jam 40 min setiap hari). Walaubagaimanapun selepas melakukan semua ini saya tidak dapat melihat sebarang pengurangan pada saiz perut saya walaupun setengah inci/ 1 cm.

Saya mula merasa masalah saiz perut saya bukan kerana lemak semata-semata, kerana bahagian badan saya yang lain dikira kurus. Saya juga mula merasa kurang bermotivasi untuk meneruskan usaha saya mengawal makan dan melakukan senaman.

Saya juga mempunyai masalah penghadaman. Di mana untuk memastikan saya berkumuh setiap hari, saya mengambil bancuhan organic psyllium husk-sejenis fibre sebanyak 200ml.

Pada pendapat Dr. adakah faktor lain selain dari pengumpulan lemak menyebabkan saiz perut saya besar? Bagaimana saya boleh atasi masalah ini.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, masalah perut yang sukar untuk dirampingkan boleh berpunca daripada beberapa faktor iaitu:

  • Meminum alkohol berlebihan
  • Merokok
  • Tabiat permakanan yang tidak sihat
  • Keturunan
  • Kemungkinan perut anda bukan berlemak, tetapi adalah kulit yang berlebihan selepas penurunan badan yang drastik
  • Stress
  • Tidur yang tidak mencukupi.

Selain daripada makanan tambahan yang anda lakukan, anda boleh mencuba yang berikut untuk mendapatkan badan yang lebih ramping, iaitu:

  • Kurangkan makanan di proses dan juga gula yang diperhalusi.
  • Jangan terlalu bergantung dengan makanan tambahan, amalkan pemakanan natural seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan stress, cukupkan rehat dan tidur
  • Elakkan merokok dan meminum alkohol
  • Lakukan senaman tengkuk tubi dan juga senaman aerobik
  • Dapatkan matahari yang secukupnya

Usah berdesah, dapatkan kesihatan tubuh sempurna yang anda impikan setelah sekian lama!

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

SecretsOfBurningBellyFat%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)