Sulit
4 tahun
Kegatalan seperti kulat pada faraj
Saya wanita dalam 20’an. Saya mengalami kegatalan pada bagian faraj saya. Saya buang air kecil tiada masalah atau sakit, cuma kegatalan pada bagaian faraj saya teramat gatal. Pada bagaian faraj saya mempunyai selaput keputihan yg melekat seperti kulat dan menyebabkan kegatalan bertambah teruk. Saya cuci dengan air keputihan itu tidak mahu hilang, selepas lega basuh kemudian kegatalan itu datang kembali. Ubat apa yang patut saya dapatkan di farmasi berdekatan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapati diagnosa yang lebih tepat. Lebih-lebih lagi, sekiranya ianya memang jangkitan kulat, anda memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkan ubat rawatan. Farmasi-farmasi tidak akan menjualkan ubat tersebut sekiranya tiada preskripsi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.