Sulit
3 tahun
Kemaluan bengkok dan hujung jadi kecil
Saya air cepat keluar dan kemaluan jdi brngkok dulu x jadi camni pun doctor saya muda lagi saya takut mati pucuk.ap yhg patut saya buat doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes, masalah cepat pancut atau ejakulasi pramatang adalah disebabkan oleh faktor psikologi dan mempunyai prognosis yang baik.
Selain itu antara rawatan ubat bagi masalah ini adalah
- Ubat antidepresan
- Ubat Dapoxetine
- Terapi topikal
Rawatan di rumah untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah ini adalah
- Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi. Sama ada lelaki atau pasangannya menghentikan rangsangan seksual pada ketika dia merasa dia akan mempunyai orgasme, dan kembali merangsang apabila sensasi orgasme telah reda.
- Latihan Kegel, yang bertujuan untuk menguatkan otot bawah pinggul, boleh membantu lelaki dengan ejakulasi pramatang seumur hidup. Antara terapi fizikal yang boleh dijalani adalah:
- fisio-kinesioterapi untuk mencapai penguncupan otot
- elektrostimulasi lantai perineum
- “biofeedback” yang membantu mereka memahami bagaimana mengawal kontraksi otot di lantai perineum
Sekiranya masalah ejakulasi pramatang masih terjadi walaupun telah mencuba beberapa cara untuk atasi isu ini, anda haruslah berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya supaya ia tidak menjejaskan hubungan seksual anda dengan pasangan anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah