Sulit
3 tahun
Lemah tenaga batin (ejukulasi pramatang)
hiiii…sy baru berkahwin hujung tahun lepas…zakar sy selalu sensitif menyebabkan cepat terpancut…kdg2 belom masuk sudah terpancut…ubat ape yg sesuai dgn keadaan sy skrg ni…harap doc dpt membantu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah lemah tenaga batin ataupun mengalami klimaks dalam masa yang singkat dan mudah teransang. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gangguan emosi
- Kurang tumpuan ataupun fokus
- Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok ataupun obesiti
Namun begitu, sakit kepala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Masalah kesihatan mental
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
- Mati pucuk
- Ejakulasi pramatang
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih