Sulit
2 tahun
Makan pil perancang tetap tidak period
Saya baru 24 tahun , baru saja lepas melahirkan anak dlm usia 3 bulan . Saya di syorkan makan ubat perancang noriday utk ibu menyusu. Setiap hari saya makan ubat tidak lewat dan tidak pernah tinggal . Bulan lepas sy period 26 hb dan sepatutnya sy period smlm . Hari sy check pregnant test naik Double Line tp samar-samar je Line ke dua tu… skrg sy kerap sakit perut … apa pendapat doktor ye. Tlg bantu sy
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan selepas mengambil pil perancang keluarga, haid anda akan menjadi tidak teratur. Namun, terdapat beberapa sebab lain yang enyebabkan haid anda tidak datang bulan ini antaranya:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan eosi atau stress
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk pengetahuan anda, selepas bersalin, hormon beta hcg masih boleh ada dalam badan anda dan akan hilang secara perlahan-lahan selepas bersalin.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.