Sulit
2 tahun
Muka tidak simetri disebabkan penyakit
Saya wanita berusia 22 tahun. Adakah muka tidak simetri boleh sembuh secara sendiri?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang muka tidak simetri kedua-dua belah. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. sebetulnya, secara umum wajah manusia adalah tidak simetri 100% kiri kanan. Namun, tidak dapat dinafikan sekiranya terdapat kecederaan atau sebarang masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, keadaan sembuh berlainan berdasarkan sebab muka tidak simetri.
Antara sebab muka tidak simetri:
- Gangguan saraf pusat
- Bells palsy
- Strok
- Multiple sclerosis
- Guillain-Barré syndrome
- Ramsay-Hunt syndrome
- Trauma saraf muka,
- Penyakit autoimmune (i.e Sjogren’s syndrome)
- Jangkitan HIV
- atau penyakit lain yang memerlukan rawatan dari doktor
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.