Sulit
2 tahun
Sakit kepala kerana platelet
dulu platelet saya hampir 1*** sekarang dah turun 6** nak tanya kalau platelet tinggi ada sakit kepala ke
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, trombositosis adalah keadaan di mana terdapat bilangan platelet yang berlebihan dalam darah. Platelet adalah sel darah dalam plasma yang menghentikan pendarahan dengan melekat bersama untuk membentuk bekuan. Terlalu banyak platelet boleh menyebabkan keadaan tertentu, seperti strok, serangan jantung atau pembekuan dalam saluran darah yang boleh menimbulkan gejala seperti sakit kepala.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.