Sulit
2 tahun
Upt naik dua line tp T line naik separuh terang separuh samar, hamil atau tidak? saya dan suami sudah hmpir setahun kahwin dan masih mengharap kan kehadiran cahaya mata
saya dan suami mengalami mual dan pening kepala beberapa hari yg lepas.saya hanya mencuba utk cek upt dan double line naik tp t line spruh trg spruh samar…hmpir setiap hari saya cek masih sama… saya cek setiap pg,kencing yg pertama…saya dilema skrg adakah saya hamil ataupun tidak? sekarang saya tidak berani utk melakukan kerja2 yang berat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda dapat mengenalpasti keputusan UPT anda dengan merujuk manual alat ujian tersebut. Merujuk penerangan anda, kebanyakan kemungkinan bahawa anda telah mendapat keputusan negatif daripada ujian tersebut, secara khususnya sesetengah test kit mungkin terdapat perkataan “C” dan “T”, keputusan dikira positif sekiranya kedua-dua garisan didapati di bahagian “C” dan “T”.
Anda dicadangkan untuk mengulangi ujian UPT dan memantau diri sama ada sebarang simtom-simtom awal kehamilan seperti loya dan pening. Anda juga boleh menyemak maklumat berkenaan secara lanjut dengan doktor anda sekiranya anda berasa tidak yakin dengan keputusan UPT.
Terdapat beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.
- Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
- Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
- Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
- Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
- Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
- Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
- Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.