Anonymous
4 years
GERD Menyerang ketika berjalan kaki dan bersenam
Lelaki berumur 32 tahun. Seorang obes dan perokok tegar. Saya sedang menjalani kursus, apabila berjalan kaki kurang 200m atau bersenam ringan saya diserang sakit pedih ulu hati yg sangat kuat hingga berpeluh terlalu banyak dan kesukaran untuk bernafas. Saya pernah buat 3x ecg sebelum ini namun jantung saya normal. Apa yang perlu saya lakukan apabila serangan ini berlaku? Ini kerana saya perlu menghabiskan kursus ini berbaki 1 bulan lagi.Soalan kedua, Apa yang perlu saya lakukan untuk pulih seperti seorang lelaki normal. Terimakasih
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.